
[Review] Bukan Sekadar Untuk Berbuka, Supamala Hotpot Boleh Jadi Port Baru Untuk Moreh
Sempena bulan puasa ini, Supamala Hotpot menawarkan pakej bufet beli 2 percuma 1 untuk moreh.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selain daripada sahur, berbuka dan solat tarawih, antara aktiviti lain yang sering dikaitkan dengan bulan Ramadan adalah moreh.
Umumnya, moreh adalah jamuan makan yang diadakan di masjid atau surau selepas solat tarawih.
Namun seiring dengan peredaran zaman, aktiviti moreh kini tidak lagi terhad di masjid atau surau semata-mata.
Banyak kedai atau restoran yang menawarkan hidangan moreh istimewa buat orang ramai khususnya Muslim.
Supamala Hotpot Jadi Lokasi Terbaharu Untuk Moreh
Buat individu yang mahukan kelainan dalam hidangan ketika moreh, anda boleh kunjungi Supamala Hotpot di Sunway Pyramid.
Manakan tidak, restoran yang berkonsepkan hotpot dan mempunyai sijil halal ini menawarkan menu moreh secara bufet istimewa untuk pelanggan.
Pelanggan boleh memilih seleksi bufet mereka yang terdiri daripada pakej Basic, Meaty dan All-In-One mengikut selera, bajet dan poket masing-masing.
Setiap pakej berlainan makanan dan hidangannya. Ini antara senarai harga untuk setiap pakej bufet di Supamala Hotpot:
- Pakej Basic: RM59.90 (Dewasa) & RM45.90 (Kanak-kanak berumur 4 – 7 tahun)
- Pakej Meaty: RM79.90 (Dewasa) & RM65.90 (Kanak-kanak berumur 4 – 7 tahun)
- Pakej All-in-One: RM99.90 (Dewasa) & RM85.90 (Kanak-kanak berumur 4 – 7 tahun)

Tawar Promosi Istimewa, Buy 2 Free 1 Untuk Pakej Moreh
Lebib menarik, Supamala Hotpot kini mengadakan promosi istimewa beli dua percuma satu buat mereka yang mahu menikmati moreh di situ. Namun, waktu moreh di restoran ini hanya bermula jam 9.30 malam.
Tapi, jangan risau kerana Supamala Hotpot telah memanjangkan waktu operasinya sehingga 12.00 tengah malam sempena bulan Ramadan ini. Menarikkan?
Tambahan Pilihan Pakej Khas Untuk Berbuka
Buat anda yang tidak dapat datang waktu moreh, anda boleh sahaja datang berbuka.
Bukan itu sahaja, bagi sesi berbuka puasa, selain tiga pilihan pakej di atas, ada satu lagi tambahan pilihan pakej yang boleh dinikmati oleh pelanggan iaitu pakej Luxury berharga RM189.90 untuk dewasa manakala kanak-kanak berumur empat hingga tujuh tahun berharga RM175.90.
Apa yang membezakan pakej ini dengan yang lain adalah ia adalah termasuk dengan makan premium seperti Oyster dan daging Wagyu.
Paling penting adalah anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu jika mahu berkunjung di sini.
Sup Sukiyaki & Sup Mala Tradisi Sichuan Buat Penulis Teringat-Ingat Sampai Sekarang!
Pada Khamis (13 Mac) lalu, kami berpeluang mencuba hidangan di Supamala Hotpot ketika berbuka.
Pada ketika itu, kami telah disajikan dengan pakej All-In-One yang berharga RM99.90. Fuh, memang banyak seleksi makanan yang dihidangkan.
Buat penggemar seafood dan daging, anda boleh memilih pakej ini kerana ia ada kedua-duanya sekali.
Dari pelbagai jenis daging antaranya seperti brisket dan dada itik salai sehinggalah ke seafood seperti udang harimau dan kepah jepun serta sayur sayuran, semuanya ada dalam pakej All-In-One ini.

Memandangkan hidangan yang disediakan adalah untuk empat orang, maka kami telah dihidangkan dengan empat jenis sup antaranya seperti Sup Mala Tradisi Sichuan, Sup Ayam Kolagen, Sup Signture Tom Yum dan Sup Sukiyaki Jepun.
Ini pendapat peribadi penulis tentang empat sup berkenaan:
- Sup Mala Tradisi Sichuan: Seakan tomyam tetapi mempunyai rasa herba. Bagi mereka yang tidak biasa makan pedas, mungkin anda tidak dapat tahan dengan kepedasan sup ini.
Rating: (8/10) - Sup Sukiyaki Jepun: Entah mengapa, suapan pertama sup ini betul-betul memikat hati penulis. Sup yang berwarna coklat gelap ini turut dipenuhi dengan cendawan Shitake dan rasanya yang memang lain dari yang lain. Namun, berdasarkan lidah penulis, kandungan rasanya seperti sos tiram.
Rating: (8.5/10) - Sup Signature Tom Yum: Jika sudah namanya tom yam, pasti anda sudah terbayang bagaimana rasa sup ini. Namun, berbeza dengan tom yam yang lain, kuah tom yam di Supamala Hotpot agak berlemak namun masih lagi mengekalkan rasa masam tom yam.
Rating: (7/10) - Sup Ayam Kolagen: Sekali pandang, terus timbul persoalan apakah rasanya. Manakan tidak, kuahnya tidaklah jernih seperti sup yang lain. Sebaliknya, ia dilihat seakan-akan seperti susu cair. Jangan mudah tertipu dengan visual sup tersebut kerana kuahnya tidaklah rasa susu sebaliknya seperti sup ayam lain namun ada rasa uniknya yang tersendiri.
Rating: (6/10)
Apa yang boleh penulis katakan, kesemua sup sememangnya sedap namun yang paling memikat hati adalah Sup Sukiyaki Jepun dan Sup Mala Tradisi Sichuan walaupun ia agak pedas bagi penulis.

Bila tengah lapar semuanya nampak sedapkan? Uniknya pakej ini turut terdapat pes udang buluh istimewa yang memberikan sedikit kelainan berbanding udang yang biasa.
Jika ditanya, apa menu kegemaran dalam seleksi ini sudah semestinya adalah pes udang buluh istimewa, daging brisket yang dimakan bersama kedua-dua sup pilihan di atas.
Oh, golongan goreng seafood juga turut menjadi pilihan ditambah dengan sos pencicah yang masam-masam manis. Teringat-ingat sampai sekarang!
Secara keseluruhannya, penulis memberikan 7.5/10 bagi makanan yang disediakan untuk pakej ini.

Info mengenai Supamala Hotpot
Jadi, buat anda yang berminat untuk menikmati hidangan hotpot ketika waktu moreh, anda boleh membuat tempahan di talian 016-265 7579 atau secara online di sini.
Nak tahu info lanjut mengenai pakej buffet di Supamala Hotpot? Anda boleh layari pautan ini atau di media sosial rasmi mereka.
Alamat: Lot LG2.122C, Sunway Pyramid Shopping Mall, 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Petaling Jaya, Malaysia 47500