fbpx
Now Reading
[Review] Patutlah Ramai Hype, Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 ‘Syurga’ Buat Si Kaki Makan!

[Review] Patutlah Ramai Hype, Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 ‘Syurga’ Buat Si Kaki Makan!

Pelbagai jenis makanan dijual di Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3. Dari selera western sehinggalah ke tradisional, siap ada makanan signature setiap negeri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Selain daripada puasa dan solat tarawih, antara perkara yang paling sinonim dengan bulan Ramadan adalah bazar.

Tanyalah kepada siapa-siapa pun, bazar Ramadan menjadi antara perkara yang paling tidak sabar dinantikan ketika bulan puasa.

Manakan tidak, makanan yang dijual dilihat amat menarik dan menyelerakan. Kadangkala, sampai tak sedar rupanya tangan dah penuh dengan makanan.

Kali ini, team BuzzKini berpeluang mengunjungi Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang sering diperkatakan ramai.

Yelah, tertanya-tanya apa yang menarik pada tahun ini hingga membuatkan ramai orang berkongsi pengalaman mengunjungi bazar yang terletak berhampiran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau turut dipanggil Masjid Besi.

Bazar Ramadan Putrajaya Syurga Makanan, Siap Ada Hidangan ‘Signature’ Negeri

Tahukah anda, rupanya lebih 289 gerai yang terdapat di Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 pada tahun ini?

Tidak hairanlah jika bazar ini menjadi antara port ‘wajib singgah’ buat si pencinta makanan.

Ketika kami menjejakkan kaki ke bazar ini, rasa teruja terus datang dalam diri. Ditambah pula dengan bau hidangan yang amat menyelerakan.

Sebut sahaja apa yang korang mahu, Western? Tradisional? Malah makanan signature setiap negeri juga ada dijual di sini.

Foto: BuzzKini/Nur Fatin
Foto: BuzzKini/Nur Fatin

Nasi dagang, mee kolok, nasi kerabu, mee rebus johor, colek, ikan patin masak lemak tempoyak, nasi daging air asam, semuanya ada!

Menarik betul sampaikan penulis sendiri pening dan tak tahu hendak beli makanan apa, semuanya nampak sedap belaka.

Foto: BuzzKini/NurFatin
Foto: BuzzKini/Nur Fatin

Setiap Gerai Ada Keunikan Tersendiri, Ada Gerai Yang Jual Kerabu & Puding Sahaja

Lebih menarik, setiap gerai masing-masing mempunyai keunikannya tersendiri.

Contohnya seperti satu gerai ini yang hanya menjual kerabu sahaja.

Sebut sahaja kerabu apa yang anda mahukan, kerabu perut? Kerang? Paru? Daging? Kaki ayam? Ikan bilis, semuanya ada dijual.

Bukan hanya kerabu semata-mata, ada satu hidangan istimewa mereka yang sampai sekarang buat penulis teringat-ingat dari gerai kerabu ini, iaitu daging air asam.

Rasa masam dari air asam jawa dan manis dari bawang memang melengkapkan rasa daging air asam ini.

Foto: BuzzKini/Nur Fatin

Selain itu, ada juga gerai yang menjual variasi puding atau agar-agar semata-mata.

Samalah juga gerai yang hanya menjual kuih tradisional seperti tepung bungkus dan badak berendam.

Pendek kata, memang unik makanan yang dijual di Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 ini. Patutlah orang selalu hype dan sering menjadi lokasi tumpuan orang ramai.

Foto: BuzzKini/Nur Fatin

Daging Air Asam & Aneka Puding Jadi Pilihan Kami

Memandangkan kami sudah memang menyediakan hidangan berbuka, tidak banyaklah makanan yang dibeli. Namun, kami tidak lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai makanan di situ.

Antara hidangan yang menjadi pilihan kami adalah Daging Air Asam (RM8), Kerabu Perut (RM8), Tepung Bungkus (RM5), Kuih Keria Gula Melaka (RM5 untuk 5 Biji), Aneka Puding (RM10 untuk 3 potong).

Bagi kami, dalam kesemua menu yang dibeli, makanan yang paling memikat hati adalah Daging Air Asam dan Aneka Puding yang terdiri daripada Strawberi Coklat, Laici dan Ribena.

Bagi hidangan daging air asam, seperti yang kami telah katakan, rasa masam dari air asam jawa serta manis dari bawang itu sendiri sememangnya memberi rasa sedap kepada hidangan ini.

Manakala bagi puding pula, saiznya yang agak besar serta keunikan dan cukup rasa manisnya membuatkan kami pasti akan membeli lagi puding ini pada masa hadapan.

Foto: BuzzKini/Nur Fatin

Jika ditanya harga, bagi kami ada hidangan yang berpatutan harganya namun ada juga yang bagi penulis agak mahal.

Namun apa yang pasti, makanan yang dijual di sini sememangnya amat menarik dan menyelerakan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.