fbpx
Now Reading
[Review] Richeese Factory Perkenal Combo Rich Rasa Bersama Sempena Ramadan, Berbaloi Ke?

[Review] Richeese Factory Perkenal Combo Rich Rasa Bersama Sempena Ramadan, Berbaloi Ke?

Terdapat dua pilihan combo yang boleh dipilih iaitu Combo Rich Rasa yang sesuai dimakan dua orang atau Combo Rich Bersama untuk empat orang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Kita harus mengakui bahawa tidak semua orang yang rajin memasak juadah berbuka puasa pada setiap kali tibanya bulan Ramadan.

Pasti akan ada hari di mana kita memilih untuk membeli sahaja makanan dan minuman untuk berbuka puasa yang ada di bazar Ramadan mahupun mana-mana restoran.

Tidak dinafikan, kepenatan setelah seharian bekerja menjadi salah satu punca utama kenapa ada yang memilih untuk membeli sahaja daripada memasak.

Richeese Factory perkenal Combo Rich Rasa Bersama sempena Ramadan

Kadang-kala kita mesti berasa bosan dengan makanan-makanan yang dijual di bazar Ramadan, jadi apa kata korang cuba pula Combo Rich Rasa Bersama daripada Richeese Factory.

Combo Rich Rasa Bersama ini diperkenalkan oleh Richeese Factory khusus sempena menyambut bulan Ramadan ini sahaja tau.

Jadi rugilah kalau korang lepaskan peluang ambil set combo ini dan nikmati waktu berbuka puasa bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

2 Pilihan combo yang ada

Combo Rich Rasa: 2 Pax

Combo Rich Rasa ini sesuai dimakan untuk dua orang kerana set ini dihadirkan bersama empat ketul Flying Chicken, dua minuman regular, dua nasi dan dua sos keju.

Set ini berharga RM33.99 dan korang boleh jimat sehingga RM7.95 tau!

Combo Rich Bersama: 4 Pax

Combo Rich Bersama sesuai dimakan 4 orang, set ini didatangkan dengan lapan ketul Flying Chicken, empat minuman regular, empat nasi dan empat sos keju untuk RM66.99 (Jimat sehingga RM8.91).

Berbaloi ke Combo Rich Rasa Bersama ni? Ini ulasan kami

Cakap saja tak guna kalau tak cuba, jadi team BuzzKini pada semalam (19 Mac) telah menerjah cawangan Richeese Factory di Ampang untuk mencuba sendiri pengalaman berbuka puasa bersama Combo Rich Rasa Bersama ini.

Untuk kali ini, kami memilih set yang paling murah iaitu Combo Rich Rasa yang berharga RM33.99 (RM34 setelah dibundarkan).

Kami boleh katakan bahawa set ini amatlah berbaloi dengan membandingkan purata harga makanan di bazar pada tahun ini.

Macam mana dengan rasa?

Bagaimanapun, rasa ayam goreng Richeese Factory ini pada penilaian tekak kami hanyalah biasa sahaja, isi ayam tidak terlalu liat tetapi kulitnya kurang garing. Malah, lebih banyak lagi ayam goreng daripada jenama restoran makanan segera lain yang lebih sedap.

Nasi yang diberikan pula hanyalah nasi putih biasa dan tiada pilihan lain, tekstur nasi yang kami terima pula tidak terlalu keras atau lebik.

Bagi pilihan air pula, Combo Rich Rasa Bersama ini menyediakan dua pilihan air iaitu Mango Tea dan Pink Lava, kedua-dua air ini kami akui sedap dan tidak terlalu manis.

Sos keju tidak diletakkan dalam bungkusan makanan

Sedikit mengecewakan, set Combo Rich Rasa ini sepatutnya didatangkan bersama dua sos keju, bagaimanapun setibanya di rumah, kami menyedari bahawa ianya tidak dimasukkan ke dalam bungkusan makanan.

Hmm agak kecewa juga, sepatutnya mereka lebih cakna mengenai tawaran yang diberikan berbanding pelanggan yang harus memeriksa sendiri.

Jadi nasihat kami kepada korang sentiasa periksa dahulu sama ada kesemua makanan telah diberikan atau belum sebelum membawa bungkusan makanan pulang ke rumah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.