
[Review] Iftar Special Di 9 Kopitiam: Underrated Tapi Sedap!
Di 9 Kopitiam terdapat dua set sempena Ramadan yang ditawarkan iaitu Ramadan Set (RM39.90) dan Iftar Special (RM36.90) yang mana kedua-duanya adalah pakej untuk 2 orang makan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Secara umumnya Ramadan adalah bulan yang banyak diberikan keistimewaan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Pada waktu inilah ramai umat Islam yang akan melipatgandakan ibadah dengan tujuan untuk mendapat keredaan Maha Esa.
Namun dalam masa sama, Ramadan juga sinonim dengan aktiviti ke bazar atau berbuka puasa di luar. Banyak restoran dan kafe yang menawarkan set bufet dan ada juga promosi istimewa bersempena bulan mulia ini dan Hari Raya Aidilfitri.
9 Kopitiam juga tidak terkecuali untuk memperkenalkan set istimewa sempena bulan Ramadan iaitu Iftar Ramadan Set.
Memandangkan 9 Kopitiamini terletak di Aeon Taman Equine Park, tidak jauh dari rumah penulis, jadi kami enggan melepaskan peluang untuk merasai sendiri hidangan istimewa yang diperkenalkan oleh kafe yang bersatus halal JAKIM ini.
9 Kopitiam Tawar 2 Set Berbuka Puasa Sempena Ramadan
Sebaik tiba, kami mendapati terdapat dua set sempena Ramadan yang ditawarkan oleh 9 kopitiam. Kedua-duanya pula adalah pakej untuk 2 orang makan (2 pax) iaitu:
Ramadan Set (RM39.90)
- Nasi Sambal Ayam Madu
- Nasi Sambal Ikan Kembung
- Mini Cendol
- Keropok
- Kurma
Iftar Special (RM36.90)
- Nasi Lemak Rendang
- Nyonya Curry Noodle
- 2x Sirap Ais
- Keropok
- Kurma

Memandangkan kopitiam lebih popular dengan makanan seperti Mi Kari dan Nasi Lemak, jadi penulis memilih set Iftar Special.
Set ini dilihat lebih menjimatkan kerana lengkap dengan 2x air sirap ais berbanding Ramadan Set yang hanya memberikan 1x Mini Cendol.

Sselesai sudah pengenalan dan harga, jadi jom reviu!
Sedap? Berbaloi? Ini Pendapat Kami
Nasi Lemak Rendang (9/10)

Secara jujurnya, Nasi Lemak Rendang 9 Kopitiam menjanjikan kepuasan buat penggemar nasi lemak. Boleh dikatakan ‘portion’ nasinya bersesuaian malah kuantiti ikan dan kacang serta timun yang dihidangkan bersama agak banyak sehingga memenuhi pinggan.
Dari segi rasa pula, memang Tip Top! Baik dari ayamnya yang juicy, timun yang dan kacang yang segar, bahkan ikan bilisnya dan keropoknya juga rangup.
Sebagai peminat nasi lemak, penulis sememanya berpuas hati sebaik suapan pertama.
Nyonya Curry Noodle (9.5/10)

Kenapa rating kami terlalu tinggi? Nak tahu? Anda kena rasa sendiri Nyonya Curry Noodle oleh 9 Kopitiam ini.
Dengan aroma yang mengiurkan, rasa yang cukup, portion besar bahkan isi seperti fish cake dan fuchuk yang banyak membuatkan kami jatuh cinta dengan Mi Kari Nyonya ini.
Malah penulis berani katakan, rasanya lebih baik berbanding kafe-kafe pesaing yang popular dan lebih awal mencipta nama di Malaysia.
Dari segi kepedasan atau kepekatannya pula adalah subjektif, memandangkan sambal kari diasingkan. Jadi jika anda mahu lebih ‘kick’ atau kuah yang lebih pekat, bolehlah tambah sambal mengikut citarasa anda.
Cuma untuk air sirap, tidak banyak yang boleh katakan. Yang penting hilang rasa dahaga sepanjang berpuasa dan tidak terlalu manis.
Selain Ramadan Set ini, kami turut memesan ABC Ais Kacang. Yelah, setelah seharian berpanasan apa salahnya sekali sekala reward tekak dengan benda sejuk bukan?
ABC Ais Kacang (8/10)

Menjamu ABC Ais Kacang sebaik selesai berbuka sememangnya menyegarkan.
Namun satu yang kami teruja adalah ‘topping’ dan sirap termasuk susu pekat yang meriah namun tidak begitu manis. Segalanya lengkap seperti kacang, kacang merah, jagung, cendol dan lain-lain.
Aisnya juga dikisar begitu halus dan cair di dalam mulut.
Dengan harga RM7.90, kami merasakan ABC Ais Kacang ini berbaloi untuk dijadikan pencuci mulut.
Secara keseluruhannya, penulis merasakan 9 Kopitiam adalah antara spot berbuka puasa kegemaran untuk tahun ini. Namun kami masih tertanya-tanya mengapa kafe yang terletak di Aeon Taman Equine, Seri Kembangan ini agak kurang dikunjungi.
Meskipun underrated, makanan yang kami cuba memang terbaik! Kalau ada set sama tahun depan kami pasti datang lagi.
Menerusi semakan kami di Google, 9 Kopitiam mempunyai 4 cawangan iaitu di:
- Aeon Taman Equine, Seri Kembangan
- EkoCheras Mall, Cheras
- Silk Residence, Cheras
- Aeon Taman Maluri, Kuala Lumpur