
[Review] Sedap Ke Menu ‘Hikayat Ayam Zamrud’ TCRS Sempena Ramadan Raya?
Hikayat Ayam Zamrud menampilkan ayam empuk yang dipadankan dengan sambal hijau pedas istimewa.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jika anda ingat sekitar awal Mac, The Chicken Rice Shop (TCRS) ada memperkenalkan hidangan khas sempena Ramadan dan Raya Aidilfitri, Hikayat Ayam Zamrud.
Menu ini menggabungkan rasa tradisional dengan sentuhan moden sekaligus memberikan rasa yang sedikit berbeza berbanding hidangan popular mereka seperti Hainanese Steam Chicken, Crispy Roast Chicken dan lain-lain.
Menurut TCRS, Hikayat Ayam Zamrud menampilkan ayam empuk yang dipadankan dengan sambal hijau pedas.

Namun sambalnya bukan biasa-biasa ya kerana ia diperbuat daripada cili hijau segar, wangian herba dan perahan limau.
Jadi untuk Ramadan Raya kali ini, kami tidak ingin terlepas peluang untuk merasai sendiri hidangan istimewa yang dikeluarkan TCRS.
RM29.90 untuk menu gizi seimbang
Sebelum kita pergi jauh, terdapat tiga pilihan untuk set Hikayat Ayam Zamrud iaitu “Pada Satu Hari” untuk seorang makan, “Dua Sejoli” (2 pax) dan “Sekampung Mari” (4 pax).
Jadi bagi reviu kali ini, kami memesan set Pada Satu Hari yang berharga RM29.90. Namun set ini bukan sekadar nasi dan ayam semata. Sebaliknya pelanggan yang memesan akan menerima:
- Nasi
- 1/4 ayam
- Sayur Pak Choy Sos Tiram
- Sup
- Air Lagenda Kurma (boleh ditukar dengan air lain)

Jika diamati, hidangan khas untuk 1 pax ini sahaja sudah cukup mengandungi semua nutrien-nutrien penting untuk tubuh badan seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan lain-lain. Berbaloi bukan dengan harga yang dibayar?
Harga bagi set Dua Sejoli pula adalah RM65.90 manakala Sekampung Mari RM116.90. Oh ya! Hikayat Ayam Zamrud juga boleh dipesan secara ala carte pada harga RM20.90.

Pengenalan sudah, harga pun dah tahu, jadi jom reviu!
Sedap? Berbaloi? Ini pendapat kami
Air Lagenda Kurma [6/10]

Sebaik sahaja berbuka, perkara pertama yang kami sambar tentulah Air Lagenda Kurma. Buat penggemar minuman soda, kami yakin air ini pasti akan memberikan anda satu kepuasan sebaik tegukan pertama.
Selain itu, sama seperti namanya, memang terdapat sedikir rasa kurma pada air tersebut meskipun rasanya tidaklah begitu kuat di lidah seperti anda sedang menjamah kurma.
Namun buat anda yang tidak meminati minuman karbonat atau mempunyai masalah gastritis seperti penulis, air ini sememangnya bukan untuk anda.
Bagaimana dengan makanan lain dalam set sama?
Nasi, sup dan sayur Pak Choy Sos Tiram [9/10]
Memandangkan hidangan lain seperti nasi, sup, sayur Pak Choy Sos Tiram memang terdapat pada menu klasik, kami rasa tidak perlulah kami ulas lebih panjang kerana ia sememangnya sempurna, sedap hingga menjilat jari.
Malah antara sebab utama TCRS menjadi restoran pilihan kami sejak zaman purba (ok ini drama) adalah nasinya!
Jadi sekarang kita terus ke hidangan utama iaitu Hikayat Ayam Zamrud.
Hikayat Ayam Zamrud [6.5/10]

Terus terang kami katakan, saiz 1/4 ayam ini sememangnya memuaskan. Hampir memenuhi pinggan. Aroman hidangan ini juga cukup memikat membuatkan anda kecur liur.
Hidangan ini sebenarnya merupakan ayam goreng yang disalut dengan campuran cili hijau bersama limau dan bahan-bahan lain. Tekstur ayam sememangnya lembut dan berjus— sehingga begitu mudah dikunyah.
Dari segi rasa, buat penggemar makanan pedas dan masam, mungkin Hikayat Ayam Zamrud akan membuka selera anda lebih-lebih lagi ketika berbuka puasa. Selain itu rasanya juga akan memberikan anda satu sensasi dan kepuasan yang berbeza dari hidangan klasik TCRS.
Namun secara peribadi, rasa masam yang mengatasi tahap kepedasan cili bukanlah pilihan penulis.
Penulis sebaliknya lebih cenderung dengan ayam klasik TCRS seperti Hainanese Steam Chicken dan Crispy Roast Chicken yang rasanya begitu sempurna.
Pun begitu tahniah kepada TCRS kerana berani mencuba untuk menghasilkan menu khas bersempena Ramadan Raya ini.
Jadi secara keseluruhannya, kami memberikan rating 7/10 untuk hidangan Pada Satu Hari yang kami pesan. Dengan harga RM29.90 anda mendapat makanan yang penuh nutrien, dan penjimatan yang berganda berbanding memesan set lain secara ala carte.
Jadi buat anda yang mahu mencuba, apa kata segera ke TCRS sebelum terlambat!