
Kolaborasi Touch’n Go & WWF-Malaysia Lancar ‘Charms for Change’
Sebahagian daripada charm ini akan digunakan untuk menyokong usaha pemuliharaan WWF-Malaysia bagi membantu perlindungan spesies ini dan habitatnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber alam semula jadi dan kepelbagai hidupan liar seperti harimau, orangutan, gajah, penyu dan banyak lagi.
Hidupan-hidupan liar ini tidak mustahil untuk pupus sekiranya habitat semula jadi mereka diteroka dan dimusnahkan.
Semua pihak seharusnya memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya generasi muda mengenai kepentingan pemuliharaan hidupan liar ini.
Touch’n Go perkenal ‘Charms for Change’
Seperti semalam (24 Mac), Touch’n Go dan WWF-Malaysia telah melancarkan kempen kesedaran untuk pemuliharaan hidupan liar Malaysia dengan memperkenalkan ‘Charms for Change’.
Majlis pelancaran kempen turut disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, Pengerusi Touch’n Go, Tan Sri Mohd Nasir Ahmad dan Pengerusi WWF-Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Touch’n Go Charm Wildlife Edisi 2025 ini merupakan koleksi edisi terhad yang turut dilengkapi teknologi NFC.
Syarikat peneraju pembayaran tanpa tunai itu memanfaatkan platform mereka untuk meningkatkan kesedaran mengenai perlindungan hidupan liar dengan menunjukkan bagaimana teknologi dan pemuliharaan boleh bekerjasama untuk tujuan yang bermakna.
Setiap charm yang direka khas ini melambangkan spesies yang sedang berdepan ancaman kepupusan.
4 koleksi ‘Charms for Change’
Terdapat empat pilihan Touch’n Go Charm Wildlife Edisi 2025 yang mencerminkan simbol kepada kekayaan biodiversiti Malaysia iaitu:
- Orangutan Borneo
- Harimau Malaya
- Gajah Borneo
- Penyu

Sebahagian daripada charm ini akan digunakan untuk menyokong usaha pemuliharaan WWF-Malaysia bagi membantu perlindungan spesies ini dan habitatnya.
Touch’n Go Charm Wildlife Edition 2025 boleh didapati bermula 20 Mac ini pada harga RM35.
Orang ramai boleh mendapatkan charm eksklusif ini melalui kedai atas talian rasmi Touch’n Go Malaysia di Shopee Mall, Lazada serta pusat jualan rasminya di Nu Sentral dan Bangsar South.