fbpx
Now Reading
[Review] LEGO Eratkan Hubungan Kekeluargaan, Raya Jadi Lebih Meriah

[Review] LEGO Eratkan Hubungan Kekeluargaan, Raya Jadi Lebih Meriah

Kempen “Main Bersama, Erat Silaturahim” yang dilancarkan LEGO MALAYSIA bertujuan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Siapa je tak kenal LEGO? Sejak kecil kita telah didedahkan dengan permainan blok-blok kecil yang boleh digabung sehingga berbentuk seperti kereta, rumah dan pelbagai lagi.

Bukan sahaja kanak-kanak, ianya juga sangat popular dalam kalangan dewasa. Ada yang membeli untuk bermain dan turut menjadi “collector”.

Baru-baru ini bersempena Ramadan, LEGO telah melancarkan kempen “Main Bersama, Erat Silaturahim” bertujuan untuk menggalakkan keluarga menerokai semula keseronokan bermain sambil merapatkan hubungan antara generasi.

Baca Artikel Berkaitan Lego Lancar Kempen ‘Main Bersama, Eratkan Silaturahim’, Galak Keluarga Bermain Sambil Eratkan Hubungan

Bersempena dengan kempen yang baru dilancarkan ini, kami berpeluang untuk meneroka keseronokan membina dua model LEGO iaitu :

  • 42649 Lego Heartlake City Candy Store
  • 42663 Friendship Camper Van Adventure

42649 Lego Heartlake City Candy Store

Foto: LEGO Official

Set Heartlake City Candy Store dengan 376 kepingan blok direka seperti ianya kedai manisan yang sebenar.

Dilengkapi dengan ruang dan perincian yang menarik seperti:-

  • Ruangan ‘pick n mix’ bar coklat
  • Ruangan membuat gula-gula
  • Penimbang
  • Maskot

Set permainan ini juga didatangi dengan tiga karakter Friends Gigi, Leo, Alba termasuk seekor kucing, Pluto.

Kami berjaya menyiapkan playset LEGO ini dalam tempoh 30 minit.

42663 Friendship Camper Van Adventure

Foto: LEGO Official

Ini antara playset yang paling menarik kami pernah dapat! Set Friendship Camper Van Adventure dengan 778 kepingan blok berkisar tentang sekumpulan rakan-rakan yang sedang mengembara dengan menaiki camper van.

Camper van ini mempunyai 2 tingkat. Antara ciri menarik yang ada ialah:

  • Bumbung yang boleh dilaras menjadi bilik tidur
  • Ruang penyimpanan barang
  • Tandas bersistem pam
  • Ruang memandu
  • Bilik tidur
  • Basikal
  • Dapur

Tidak lupa juga tiga karakter Friends iaitu Olly, Autumn, Liann dan seekor kucing, Ferret.

Cabaran Kami Semasa Pasang LEGO Friends

Team Buzzkini berkesempatan memasang LEGO Friendship Camper Van Adventure bersama-sama beberapa ahli keluarga bagi memeriahkan suasana.

Pada awalnya kami merasakan bahawa memasang LEGO ini adalah mudah tapi banyak juga cabaran yang terpaksa kami lalui apabila “lebih tangan daripada minda”.

Antaranya hilang kepingan blok dan juga salah pemasangan. Terpaksa jugalah kami buka semula dan mula dari awal. Namun semangat kami tidak patah di situ. Sepanjang 3 jam kami berjaya menyiapkan sekitar 50% dan saya bersama seorang lagi ahli keluarga menghabiskan baki blok sehingga siap.

LEGO Kembali Eratkan Hubungan Keluarga

Namun bagi kami, pengalaman dan kemesraan semasa bermain itu yang paling berharga. Sebenarnya kami sekeluarga sudah lama tidak melakukan aktiviti sebegini. Mujur apabila ajakan untuk melakukan aktiviti memasang LEGO bersama diterima semua.

Mengingatkan kami pada zaman kanak-kanak dahulu. Sentiasa bermain bersama. Kami menyedari bahawa teknologi digital hari ini dan kesibukan bekerja menjejaskan hubungan keluarga namun, aktiviti ini mengembalikan semula keakraban sesama kami.

Secara keseluruhannya, kami menghabiskan masa selama enam (6) jam untuk menyiapkan kedua-dua playset ini. Namun enam jam berhimpun bersama keluarga bermain LEGO adalah satu kenangan yang sukar dilupakan.

@buzzkini

Siapa kata Lego untuk kanak-kanak je. Kami dah buktikan main lego bersama keluarga juga menyeronokkan dan boleh kembali mengeratkan hubungan kekeluargaan. Cubala raya ni! 😘

♬ original sound – BuzzKini – BuzzKini

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.