
[Review] Ekues Cabin Cafe: Port Moreh Menarik Di Putrajaya
Bersempena bulan Ramadan, Ekues Cabin Cafe menawarkan promosi beli 2 Cookies Percuma 1 Cawan Latte untuk sesi moreh dari jam 9pm hingga 11pm.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Dalam kesibukan orang ramai mengerjakan ibadah di bulan Ramadan, aktiviti bersama kenalan dan keluarga tersayang tetap diteruskan malah menjadi lebih meriah.
Antara perkara yang sering dilakukan secara bersama pastinya bersahur, berbuka puasa dan moreh.
Jika dahulu kebanyakan restoran dan kafe hanya menawarkan menu berbuka, namun kebelakangan ini semakin banyak yang menawarkan menu istimewa moreh pula.
Promosi Beli 2 Cookies Percuma 1 Latte Untuk Sesi Moreh
Ekues Cabin Cafe di Taman Ekuestrian, Putrajaya juga tidak terkecuali apabila turut mengadakan promosi moreh buat pelanggannya.
Bersempena bulan Ramadan, Ekues Cabin Cafe menawarkan promosi beli 2 Cookies Percuma 1 Cawan Latte untuk sesi moreh dari jam 9PM hingga 11PM.
Bukan itu sahaja, mereka turut mengadakan promosi 30% off untuk pembelian setiap kek bagi tempoh dua jam itu.
Ekues Cabin Cafe tawar suasana moreh yang santai
Tidak mahu melepaskan peluang, kami membuat keputusan untuk ke sana bagi merasai sendiri pengalaman moreh sambil merebut promosi yang diadakan.
Kafe berkonsepkan glasshouse dua tingkat di tepi ladang kuda ini menjanjikan ambience yang tenang dan mendamaikan.

Kedatangan kami pada malam hujung minggu baru-baru ini turut disambut hujan renyai membuatkan suasana terasa lebih nyaman.
Malah bunyi titisan hujan yang membasahi khemah estetik lutsinar di bahagian luar kafe membuatkan vibes di kafe outdoor itu menjadi lebih santai.

Namun semasa kunjungan kami, ruang makan di tingkat asas ditutup kepada orang ramai mungkin kerana bilangan pengunjung yang tidak seramai waktu berbuka.

Selesai dengan pengenalan, jom kita reviu promosi moreh dan makanannya!
Cookies crunchy & chocolate yang cair di mulut
Promosi 2 Cookies Get 1 Free Latte (7.5/10)

Satu yang pasti, promosi moreh yang ditawarkan sememangnya berbaloi. Kami berbelanja RM26.50 untuk dua soft cookies sekaligus mendapat Ice Cafe Latte secara percuma. Namun kami menambah RM1 untuk tambahan gula pada minuman.
Dua soft cookies yang kami pesan ialah:
- The OG Soft Cookie
- Walnut Chocolate Chip Soft Cookie
Rasa cookiesnya begitu rangup dan lembut malah cip coklatnya cair sebaik masuk ke dalam mulut. Sebagai penggemar coklat, kami percaya tekstur dan rasanya pasti memikat hati sesiapa sahaja yang menikmatinya.

Bagaimana dengan Ice Cafe Latte di sini pula?
Sejujurnya penulis berpendapat, rasanya hanya biasa-biasa sahaja. Mungkin kerana penulis lebih menggemari minum Babycino dengan susu almond yang turut dipesan.
Semasa kunjungan sama, kami turut memesan 1 set keropok lekor dan 1 set garlic bread.

Terima kasih kepada keropok lekor yang sememangnya sedap sekaligus menyelamatkan malam kami dek kerana garlic bread yang kami terima agak keras hingga sukar digigit.
Namun itu tidak menghalang kami untuk melepak santai sambil menghirup udara segar dan berborak sepanjang sesi moreh itu.
Secara keseluruhanya kami memberikan rating 7/10 dan merasakan The Ekues Cafe sememangnya port moreh yang menarik di Putrajaya. Adakah kami akan kembali? Ya! Kerana suasana dan soft cookiesnya!
Alamat:
Ekues Cabin Cafe, Taman Ekuestrian, Jalan Kandang Kuda, Presint 5, 62000 Putrajaya
Waktu Operasi:
Selasa hingga Khamis & Sabtu hingga Ahad
(12:00PM-11:00PM)
Jumaat
(3:00PM-11:00PM
Isnin
(TUTUP)