
Nak Cermat Berbelanja Tapi Raya Dengan Gaya Mewah? Ini 4 Port Shopping Yang ‘Mesra Poket’
Buat korang yang tengah mengira-ngira bajet untuk raya atau jenis yang cermat, jom kami kongsikan kedai mesra poket tapi tetap boleh memberi sentuhan ‘wow’ dalam gaya raya korang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Begitu cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut ketibaan 1 Syawal.
Pasti ramai yang teruja dan sudah mula buat persiapan menyambut lebaran. Dari pakaian, kuih-muih sehinggalah ke perkakas rumah, pendek kata hampir lengkap semuanya!
Namun, tidak semua yang bernasib baik dalam melengkapkan persiapan raya. Yelah, ada yang masih belum dapat gaji, ada yang bajet agak ‘ketat’ bulan ini dan ada juga lebih memilih untuk berjimat.
Buat korang yang tengah mengira-ngira bajet untuk raya, atau jenis yang cermat, jom kami kongsikan kedai mesra poket tapi tetapi boleh memberi sentuhan ‘wow’ dalam gaya raya korang.
Dari pakaian, dekorasi rumah sehinggalah ke kosmetik dan alat perhiasan, semuanya ada dalam senarai kami. Geng ‘bijak berbelanja’ pasti sukakanya.
#1 Cari Perkakas Rumah & Dekorasi Raya? Eco-Shoplah!

Siapa yang tidak kenal dengan jenama Eco-Shop? Kedai serbaneka berpatutan yang sering menjadi pilihan buat mereka yang sukakan penjimatan.
Di Eco-Shop, korang boleh mendapatkan barangan khususnya perkakas dan dekorasi rumah sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi dengan harga mesra poket.
Kenalah dengan kempen raya Eco-Shop pada tahun ini, Jom Serikan Raya Bersama Eco-Shop.
Bila rumah dah berseri, lagi bersemangatlah hendak sambut raya, paling penting tidak perlu risau tentang bajet kerana harga yang ditawarkan memang murah!
Oh ya! Kebetulan mereka juga sedang menganjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah bernilai RM20,000 buat pelanggan.
Nak tahu caranya?
Rujuk laman FB Eco Shop di SINI.
#2 Restock & Top-Up Barang Dapur Dengan Harga Murah Di Lotus’s

Apalah raya tanpa makanan? Bila dah berhimpun dengan ahli keluarga dan sanak-saudara tercinta, makanan antara benda ‘wajib’ ada! Tapi, mana nak cari tempat yang menawarkan harga mesra poket dan mampu milik? Lotus’s ada segalanya.
Dari bahan mentah seperti ayam, daging dan sayur-sayuran sehinggalah ke keperluan barangan lain seperti susu, rempah ratus dan kuih raya, semuanya di sini.
Malah, sempena hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi, Lotus’s pun ada menawarkan promosi menarik menerusi kempen Senyuman Paling Bernilai Ramadan Raya.
Pelanggan berpeluang menikmati diskaun sehingga 50% bagi lebih 4,500 barangan terpilih. Banyakkan?
Jadi, kalau korang gemarkan penjimatan atau tengah pening dekat mana nak dapatkan barang dapur serta eperluan dengan harga ‘marhaen’, Lotus’s adalah tempat yang tepat!
Terus ke laman FB Lotus’s di SINI.
#3 Cantik Bergaya Dengan Baju Raya Dari Shopee

Buat korang yang mahu membeli atau menambah baju raya tapi tidak mahu berbelanja besar, Shopee ada segalanya.
Baju kanak-kanak? Baju Melayu untuk orang dewasa? Baju Kurung? Tudung? Samping? Dengan hanya satu klik, semuanya tersedia untuk korang.
Malah, kebanyakan harga yang ditawarkan pula amat berpatutan mengikut bajet poket korang sendiri.
Bahkan, ada butik yang menawarkan harga lebih murah di Shopee berbanding kedai fizikal.
Lebih menarik, Shopee menawarkan harga terendah, diskaun menarik dan baucar free shipping menerusi Kempen Raya Bersama Shopee yang berlangsung sehingga 31 Mac ini.
Korang pun bolehlah beraya dengan penuh gaya dari hujung rambut sampai hujung kaki tanpa perlu risau dengan bajet.
Terus ke laman Shopee di SINI.
#4 ‘Glow’ Up Kan Diri Dengan Produk Penjagaan Kulit & Kosmetik Dari Watsons

Dah nama pun raya, mestilah ramai yang mahu nampak berseri-seri dan tampil bergaya tidak kiralah lelaki atau wanita.
Kalau korang nak kulit nampak sihat dan glowing khususnya di pagi lebaran, Watsons adalah tempat yang tepat!
Dari produk penjagaan kulit seperti pencuci muka, pelembab, serum dan sunscreen sehinggalah barangan kosmetik seperti foundation, blusher dan lipstick, semuanya ada di sini.
Pelbagai tawaran dan diskaun menarik ditawarkan oleh Watsons malah harga jualannya pun amat berpatutan.
Sempena lebaran yang bakal tiba, Watsons menerusi kempen Raya Terunggul 2025 menawarkan promosi menarik antaranya seperti diskaun 60% bagi pembelian kedua barangan terpilih, menarikkan?
Bukan sahaja boleh cantik bergaya, tapi korang juga boleh menjaga kesihatan kulit tanpa perlu berbelanja besar.Terus ke laman Watsons di SINI.
Korang boleh je beraya sakan dan tampil bergaya serta nampak classy tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Very demure!
Apa yang penting, korang kena pandai cari port shopping sesuai dan mesra poket. Iyalah, rayakan setahun sekali sahaja.
Kalau boleh jimat, berjimat-cermatlah. Banyak lagi perbelanjaan hendak digunakan selepas raya.