fbpx
Now Reading
Nak Nampak Glam Tapi Last Minute Shopping Raya? Ini Tempatnya!

Nak Nampak Glam Tapi Last Minute Shopping Raya? Ini Tempatnya!

Apa kata sokong jenama tempatan sambil korang membuat persiapan Raya lebih berseri dan penuh ✨ gaya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pejam celik tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal meraikan hari lebaran bagi menyambut kemenangan selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan. 

Bukan itu sahaja, ada juga yang dah mula menyanyikan lagu raya yang tengah trending di radio dan media sosial. Yelah nak ambil vibes di hari raya sambil buat persiapan. 

Namun tidak kurang juga ada yang sedang kelam kabut mencari barangan raya seperti baju, barangan aksesori, hadiah dan banyak lagi dek kerana jadual yang ketat. Dalam kepala masing-masing pasti terfikir, “Tak cukup masa ni, macam mana nak nampak glam dan gah masa pagi Raya?”

Yelah bila dah suntuk ni, mesti warna sedondon tak jumpa, trafik sesak dan banyak lagi. Tapi korang jangan patah semangat, sebab kami akan mudahkan persediaan korang untuk shopping last minute bagi menyambut raya kali ini. 

Apa yang penting korang tetap nampak ‘meletop’ di hari raya ni! Jom tengok senarai kami di bawah:

#1 Nak nampak berkilauan di Hari Raya? Jom ke Habib!

Raya kali ni mesti korang nak lebih bergaya dari yang sebelumnya kan? Yelah bila lagi nak cantik kalau bukan di hari raya.

Confirm nak lebih ekstravaganza tapi nak nampak classy, apa kata lengkapkan lagi penampilan raya korang dengan sesuatu yang berkilauan.

Kebiasaannya di Hari Raya, pasti ramai yang mencari barangan kemas seperti emas, berlian dan sebagainya.

Untuk penampilan yang elegan, korang boleh lengkapkan dengan rantai, gelang tangan, cincin emas atau subang telinga dari Habib Jewels. 

Walaupun shopping last minute, tapi korang tetap akan nampak bergaya barulah terpaling raya pada tahun ni. Yelah semua mesti tahu yang barangan kemas dekat Habib ni semuanya cantik dan sentiasa up to trends dengan design terkini.

Mungkin ada antara korang yang sukakan barangan kemas nampak lebih muda atau comel untuk digayakan oleh anak kecil dan juga gadis. 

Lelaki pun boleh tampil mewah dengan aksesori tambahan seperti butang Baju Melayu yang bertatahkan batu berlian di Habib. Dari jauh orang dah nampak kilauan yang menyinar.

Lebih best lagi sempena lebaran ini, Habib Jewels turut mengadakan promosi Ambang Raya untuk korang rebut peluang ‘Emas’ untuk menambah koleksi barangan kemas. 

Promosi ini berlangsung dari 21 hingga 30 Mac di seluruh outlet Habib Jewels. Bukan hanya itu, korang yang berada berdekatan Ampang boleh ke bilik pameran Habib I dan II pada 29 Mac ini kerana ia dibuka sehingga jam 10 malam.

@buzzkini

Kalau si dia tanya ‘kenapa beli hadiah last minute?’ – jawab je, ‘sebab nak yang terbaik dari HABIB dengan pelbagai tawaran hebat! Pada 22, 23 & 29 Mac 2025 HABIB Ampang Point akan dibuka sampai 10 malam! So, lepas moreh pun masih sempat nak singgah. Takde lah kena marah sebab lupa. Kalau dia tanya kenapa pilih HABIB, jawab je, ‘Sebab cinta kita mahal, tapi promosi @HABIB Jewels  berbaloi!’

♬ original sound – BuzzKini – BuzzKini

Untuk maklumat lanjut tekan di SINI.

#2 Alba

Apabila tibanya Raya mesti korang nak tampil dengan lebih bergaya dengan penampilan yang on point dari rambut hinggalah ke hujung kaki. 

Selain baju, tudung, dan barangan kemas, jam tangan juga merupakan salah satu aksesori yang penting untuk digayakan. Kira macam aset! Barulah ‘Gaya, Mutu, Keunggulan’. 

Kebetulan nak raya ni, jenama jam tangan popular, ALBA baru sahaja memperkenalkan dua model jam tangan iaitu AT3K03X1 untuk lelaki dan AH7DZ3X1 untuk wanita yang sesuai dengan look di masa kini sekaligus membuat si pemakai lebih trendy serta elegan. 

Harga untuk kedua model ini juga begitu berpatutan iaitu bernilai RM490 bagi model lelaki dan RM345 untuk wanita.

Jam tangan ini turut mempunyai nilai tersendiri dan boleh dijadikan sebagai simbol kemewahan yang mampu dimiliki. Ia sememangnya sesuai digayakan di semua acara dan sepadan dengan apa sahaja fesyen termasuklah baju tradisional (baju Melayu dan kurung), pakaian formal, kasual dan lain-lain.

Korang boleh juga jadikan jam tangan ini sebagai hadiah buat isteri, suami, ayah, adik-beradik, anak atau kekasih. Namun apa sahaja tujuan korang, pastikan cepat kerana stoknya adalah terhad.

Oh bagaimana pula dengan pilihan warna? Model untuk lelaki mempunyai beberapa pilihan warna lain antaranya putih dan coklat.

Nak tengok dengan lebih dekat? Tekan di SINI dan SINI.

#3 Kedai LEGO

Setiap kali tibanya lebaran pasti ramai yang berkumpul dan menziarahi sanak-saudara yang berada di kampung termasuklah bandar. 

Apabila berkunjung dah tentu kita akan membawa seisi keluarga untuk memeriahkan lagi suasana serta ingin mengeratkan silaturahim yang sudah sekian lama terjalin. 

Namun apabila ke rumah orang atau balik kampung mesti korang tak nak pulang dengan tangan kosong kan? Nak juga bawa buah tangan atau hadiah untuk keluarga. Untuk orang dewasa hamper pun dah cukup nampak gah. Tapi kalau budak-budak macam mana?

Ha! Apa kata korang serbu kedai Lego dan beli set mainan untuk bermain seisi keluarga. Yelah dah alang-alang berkumpul tu seronok juga kalau dapat buat aktiviti macam bina Lego sambil beraya.

Bukan itu sahaja kalau korang bawa Lego ni masa balik kampung untuk anak buah, confirm korang akan jadi makcik atau pakcik yang paling ‘cool’ sekali. 

Secara tak langsung permainan blok ini juga dapat membuatkan anak-anak lupakan gadget mereka dan mengasah minda dan kreativiti mereka untuk membina Lego. 

Sebab waktu raya inilah peluang kita untuk eratkan hubungan kekeluargan baik kanak-kanak hinggalah warga emas seperti satu masa dahulu sebelum adanya gadget. Barulah notstalgik! 

Atok nenek pun tidak kurang juga boleh main bersama dengan cucu sambil melihat keletah comel mereka. 

Sempena dengan lebaran kali ini, Lego turut mempunyai pelbagai keluaran set atau model baharu yang dikeluarkan pada Ramadan dan Syawal ini. 

Antaranya set yang boleh korang dapatkan adalah:

  • 42649 Lego Heartlake City Candy Store
  • 42663 Friendship Camper Van Adventure
  • 42662 Lego Hair Salon and Accesories Store
  • 43238 Lego Elsa’s Frozen Castle
  • 71818 Lego Tournament Battle Arena
  • 71808 Lego Kai’s Elemental Fire mECH
  • 60420 Lego Yellow Construction Excavator
  • 60412 Lego 4×4 Fire Truck With Rescue Boat
  • 31156 Lego Tropical Ukelele
  • 11036 Lego Creative Vehicles
  • 10421 Lego Alphabet Truck
  • 10416 Lego Caring for Animals at The Farm

Apa yang lebih menarik, sempena Syawal ini Lego turut mempunyai Promosi Raya di mana bermula 10 Mac sehingga 6 April korang boleh dapatkan sebanyak 20% diskaun untuk mana-mana set Lego yang disenaraikan. 

Tunggu apa lagi, sempat lagi ni korang nak jadi makcik dan pakcik cool di Hari Raya untuk anak buah dengan beli Lego.

Untuk maklumat lanjut tekan di SINI.

#4 Nak nampak “very cutesy, demure dan mindful?” Shopping sakan di MR.DOLLAR & MR.DIY

Oh ya! Korang mesti tak percaya kenapa MR.DOLLAR & MR.DIY boleh berada dalam list ini. 

Almaklumlah, bila nak raya mesti ramai yang cari tudung, beg tangan, barangan skincare dan lain-lain. Yelah, selain memastikan pemakaian korang sedondon dengan keluarga, pasti korang tetap mahukan looks yang mewah dan tampak classy. 

Jadi apa yang korang mahukan, semuanya boleh ditemui di 54 cawangan terpilih MR.DIY dan MR.DOLLAR di seluruh negara.

Ini kerana MR.DOLLAR & MR.DIY telah berkolaborasi dengan 17 jenama lokal terkenal yang akan membuatkan shopping korang lebih mudah antaranya Naelofar- yang terkenal dengan material yang berkualiti untuk membuatkan si pemakai sentiasa berasa selesa.

Ini juga selaras dengan kempen “Lokal Berseri-Seri” yang dilancarkan oleh MR.DOLLAR & MR.DIY. 

Bukan sekadar tudung, anak tudung atau inner scarf pun ada. Selain Naelofar, kalau nak pilihan lain, Zoe Arissa pun ada. Boleh lah padankan tudung serta inner scarf yang dijual dengan baju agar sedondon di Hari Raya.

Nak cari bag yang boleh buat korang nampak very demure and classic? The Batik Life pun ada keluarkan pouch bercorak batik yang pasti buat korang lebih menyerlah.

Nak lagi best? Di sini juga mereka turut membawa masuk barangan mandian dan minyak wangi yang pastinya akan memberikan kesegaran badan selepas seharian korang pergi beraya. 


Nak produk wangian badan ada, nak wangikan rumah boleh!

Bagi kecantikan wajah, korang boleh dapatkan beberapa barangan mekap yang setanding jenama luar seperti Mika Series, Haus, dan Lip Carpenter. Confirm raya korang akan nampak glam dengan gaya mekap yang cantik. 

Bukan itu sahaja, korang juga boleh dapatkan bermacam-macam barangan lain seperti botol air, sabun, pencuci muka, dan banyak lagi. 

Keseluruhannya 17  jenama lokal yang terlibat adalah:

Kosmetik:

  • Haus
  • Mika Series
  • Panna Lab
  • Lips Carpenter
  • The Pastels Shop

Fesyen:

  • Zoe Arissa
  • Naelofar


Aksesori:

  • Earth Heir
  • Komuniti Tukang Jahit (KTJ)
  • Pink&Z
  • Casesbyazza
  • The Batik Life

Wangian & Penjagaan Diri

  • Senta
  • Candle Pitstop
  • Malaya Perfumery
  • Bathing Tapir
  • Bath Garden
@buzzkini

Raya dah dekat, tapi jangan stress kalau belum siapkan keperluan make up, skincare atau tudung baru! MR.DIY & MR.DOLLAR ada 17 produk lokal istimewa yang boleh bantu korang tampil berseri-seri sepanjang musim raya. Dari koleksi tudung yang kemas dan selesa, skincare untuk wajah glowing, sampai produk penjagaan badan yang harum tahan lama, semuanya berkualiti dan mudah didapati di 54 cawangan terpilih MR.DIY & MR.DOLLAR seluruh Malaysia. Tak perlu pening kepala fikir kat mana nak cari barang keperluan raya yang lengkap. Kat MR.DIY & MR.DOLLAR, segala yang korang perlukan ada untuk sambutan Aidilfitri yang lebih berseri-seri. @MR.DIY Malaysia @mrdollar.my MRDOLLAR MRDIY LokalBerseriSeri WarnaBerseriSeri SokongLokal RayaBerseri

♬ original sound – BuzzKini – BuzzKini

Apa kata sokong jenama tempatan sambil korang membuat persiapan Raya lebih berseri dan penuh ✨ gaya

Untuk maklumat lanjut tekan di SINI.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.