
Isteri Tertidur Atas Dada Suami Boleh Redakan ‘Anxiety’ – Ahli Farmasi [Video]
Menurut Ahli Farmasi itu, satu kajian juga telah menunjukkan bahawa sentuhan dada dengan pasangan boleh bantu tenangkan sistem saraf dan redakan rasa cemas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, di dalam Islam, terdapat banyak hikmah atau kelebihan yang akan diperolehi oleh individu yang berkahwin.
Menurut laman Maktab Al-Bakri, perkahwinan dapat memelihara keimanan dan ketaatan seseorang terhadap perintah agama selain dapat melindungi diri dari bisikan serta godaan syaitan.
Malah, mendirikan rumah tangga juga boleh membuatkan pasangan merasai kasih sayang dan belas kasihan antara satu sama lain.
Banyak lagi sebenarnya kebaikan-kebaikan perkahwinan ini, selain diterangkan di dalam Islam, terdapat juga kajian sains disebaliknya.
Tertidur atas dada suami terapi anxiety buat isteri
Seperti baru-baru ini, seorang lelaki yang juga ahli farmasi dikenali sebagai Syah Ismail mendedahkan bahawa tertidur di dada suami merupakan salah satu terapi ‘anxiety’ buat para isteri.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Syah berkata mendengar degupan jantung suami boleh boleh membantu otak isteri merasa selamat dan stabilkan emosi.
Menurutnya lagi, satu kajian juga telah menunjukkan bahawa sentuhan dada dengan pasangan boleh bantu tenangkan sistem saraf dan redakan rasa cemas.
“Siapa dekat sini yang pernah tertidur tanpa sedar atas dada suami, haa sweet sangat, ‘share’ lah dekat komen.” katanya.
@abangsyahismail Tertidur Atas Dada Suami Boleh Redakan Anxiety#suamiisteri #relationshipgoals #husbandwife #tidursebantal #tertidur #fypツ
♬ original sound – Annona Farmasi – Annona Farmasi
Sentuhan ‘berkuasa’ dapat buat seseorang rasa selamat dan tenang
Memetik laman web Psychology Today pula, sentuhan di antara pasangan disifatkan ‘berkuasa’ kerana ia dapat membuatkan seseorang berasa selamat, tenang dan terhubung.
Difahamkan, sentuhan akan mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik (parasympathetic nervous system) iaitu bahagian tubuh yang membantu kita berehat, memperlahankan degupan jantung dan mengurangkan tekanan.
Selain itu, sentuhan juga merangsang saraf vagus yang menghubungkan otak dan jantung yang akan membuat pasangan rasa lebih selamat secara emosi sekali gus mengurangkan rasa cemas.
“Kita memang dilahirkan untuk perlukan sentuhan, seperti bayi yang rasa selamat sebaik sahaja dilahirkan, begitu jugalah orang dewasa.
“Jika seseorang tidak selesa dengan sentuhan, ini mungkin disebabkan oleh pengalaman lampau, tetapi yang indahnya ialah kita boleh belajar semula untuk menikmati sentuhan yang sihat dan penuh kasih sayang,” tulis laman itu.
5 makanan yang dapat membantu kurangkan stress
Selain melakukan beberapa aktiviti yang dapat mengurangkan stress seperti senaman dan aktiviti fizikal, anda juga boleh meredakannya dengan pengambilan makanan ini.
- Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung.
- Sumber ikan, terutama ikan laut dalam seperti ikan salmon, mackerel (tenggiri, kembung) dan sardin, dan ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan, adalah antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3 untuk membantu menstabilkan stres (hormon kortisol).
- Susu kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stres.
- Labu merah dan jambu batu adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C. Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan Vitamin C yang boleh menyebabkan masalah gusi berdarah.
- Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh yang kaya dengan Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan.
- Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. Sumber Vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu.
- Aprikot kering amat kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres.