
Wah! lepas ni dah tak perlu rasa nak menyorok lagi sebab saya dah confident depan kamera
Kalau korang perasan perempuan yang berbadan gempal akan menyorokkan dirinya di belakang agar tidak terlihat chubby di dalam gambar, bukan?
Tapi mereka sebenarnya bukan tak mahu bergambar seperti biasa, namun ada yang tidak berasa yakin ketika berada di hadapan kamera sahaja.
Dan siapa kata mereka yang mempunyai bentuk badan yang besar tidak boleh menangkap gambar dengan gaya yang menawan.
Jom ikuti teknik yang bakal kami kongsikan ini agar tampil lebih bergaya dan menawan. Tak perlu malu nak menyorok lepas ni!