fbpx
Now Reading
“Saya & Zahirah Sudah Tiga Minggu Tak Bercakap”

“Saya & Zahirah Sudah Tiga Minggu Tak Bercakap”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berbeza dengan kenyataan Zahirah Mcwilson sebelum ini mengenai hubungan mereka, Zul Ariffin memberitahu hubungannya dengan Zahirah sebenarnya sedang goyah ketika kontroversi cinta lokasi Zahirah dan Kamal Adli tercetus.

“Ketika isu itu tercetus, saya dan Zahirah bergaduh, tidak bercakap selama tiga minggu. Saya hanya mendapat tahu mengenainya apabila Emma menghubungi saya, bukan daripada mulut Zahirah atau Kamal”

“Saya akui terasa hati tetapi tidak marah. Isu ini sepatutnya dapat dielak tetapi apa boleh buat. Hubungan Kamal dan Emma sudah baik, Zahirah pula apa yang dia dapat. Saya kesal kerana isu ini tidak sepatutnya berlaku.

“Ada rakan di lokasi penggambaran memberitahu Zahirah tertekan apabila kami berselisih faham dan lama tidak berhubung. Apa perlu digaduhkan, hubungi saja saya untuk menyelesaikannya”

Dengan kontroversi yang timbul, Zul menganggap Zahirah hanya cuba mencetuskan isu lain dikala mereka sedang berantakan walaupun sepatutnya wanita itu menghubunginya untuk memperbaiki keadaan.

“Perlukah Zahirah menyemarakkan hati dengan melakukan perkara yang boleh menimbulkan isu lain? Dia hanya perlu bersemuka dengan saya. Jika Zahirah mahu berubah, lakukan tetapi jika sebaliknya, tidak mengapa. Saya tidak akan menyalahkannya,” katanya kepada Berita Harian Online.

Selain itu, Zul turut meluahkan rasa terkilan dan terasa hati dengan sikap kekasihnya yang terlalu mengikut hati perasaan hinga mencetuskan isu dan membabitkan orang lain. Dalam masa yang sama, Zul memaklumkan tiada perancangan untuk ke arah perkahwinan bersama Zahirah buat masa ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.