fbpx
Now Reading
Aiman Tino Bawa Keluarga Tunai Umrah

Aiman Tino Bawa Keluarga Tunai Umrah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beruntung Aiman Tino diberikan rezeki untuk menunaikan ibadah umrah pada ketika usia yang masih muda. Berita gembira tersebut dikongsi Aiman dimana beliau bakal berangkat ke Mekah pada hujung bulan ini bersama ibu bapanya.

“Alhamdulillah, sudah lama saya berniat nak tunaikan umrah dan akhirnya impian saya ini tercapai. Lebih manis lagi, saya ke sana bersama ibu dan ayah, semoga urusan kami di tanah suci dipermudahkan”

Selain terkenal dengan bakatnya dalam bidang naynyian, Aiman dikhabarkan baru sahaja berjinak-jinak melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Usaha itu pula dimulakan dengan perniagaan baju seragam sekolah yang dinamakan dengan namanya sendiri, Aiman Junior.

“Cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Jadi tak salah kalau kita guna peluang ini untuk menjual keperluan dan kelengkapan sekolah. Kalau tengok karakter saya yang masih remaja ini, sesuailah jual baju sekolah,” jelasnya mengenai perkara itu kepada m Star Online

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.