fbpx
Now Reading
Jalaluddin Hassan, Isteri Selamat Diijabkabul

Jalaluddin Hassan, Isteri Selamat Diijabkabul

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah kami ucapkan kepada Datuk Jalaluddin Hassan dan juga pilihan hatinya Rapidah Abdul Ghani yang telah selamat diijabkabul pada hari ini, Ahad di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

Sebelum ini, perkhabaran tentang hantaran kerusi urut daripada Jalaluddin kepada bakal isterinya itu turut mendapat perhatian warga laman sosial. Bagi pelakon ini, dia mepunyai sebab tersendiri menjadikan kerusi urut sebagai hantaran.

“Pihak saya akan memberikan lima dulang hantaran termasuk kerusi urut berkenaan, manakala pihak perempuan akan membalas dengan tujuh dulang hantaran”

“Dia memang memerlukan kerusi urut itu kerana banyak membuat kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerusi urut, senang untuk dia beristirehat,” katanya kepada mStar Online sebelum ini.

Selain itu, pernikahan pada kali ini juga diadakan secara sederhana sahaja. Untuk pengetahuan anda, Jalaluddin dan juga isterinya, Rapidah yang kini berusia 44 tahun dan juga seorang ibu tunggal mula berkenalan melalui Facebook.

Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Hashimah Mad Ehsan selama 40 tahun sebelum arwah meninggal dunia pada 5 November 2016 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah kencing manis dan paru-paru berair.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.