fbpx
Now Reading
“Tak Akan Berkembang Industri Selagi Ada Politik”

“Tak Akan Berkembang Industri Selagi Ada Politik”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam sebanyak 12 lagu terpilih ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke 32, tetapi malangnya lagu Ayda Jebat gagal ke pentas akhir. Menerusi Instagram, Ayda ada memuat naik gambarnya bersama kata-kata positif untuk dirinya dan peminat yang kecewa lagu Mata tidak terpiilh.

Namun apa yang menarik perhatian, Ayda seolah tidak berpuas hati dengan keputusan juri yang tidak memilih lagunya. Dalam beberapa komen itu, Ayda sempat menyindir industri hiburan yang terlalu banyak permainan politik sehingga sukar untuk penyanyi mengembangkan bakat.


Dalam perkongsian itu, ramai yang turut sama mempersoalkan keputusan juri dan menyokong pendapat Ayda. Ramai juga ingin memboikot AJL pada tahun ini hanya kerana penyanyi kesayangan mereka tidak terpilih ke peringkat akhir. Wah, bertuah betul Ayda punya peminat fanatik sebegitu rupa.

Apa yang pasti sebagai anak seni pasti ada pasang dan surutnya, mungkin kali ini tiada rezeki untuk Ayda bertanding ke peringkat akhir. Kalau lihat pada AJL kali ini banyak bakat baru dipilih untuk mewarnai pertandingan tersebut. Usaha lagi tahun depan ya Ayda!

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.