Fattah Amin Dan Fazura Nikah Senyap-Senyap Semalam?
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam, Fattah dan Fazura dipercayai sudah bertunang di kediaman nenek pelakon dan penyanyi, Fazura di Pertaling Jaya.
Berdasarkan sumber, terdapat khemah serta dilengkapi hiasan majlis kahwin, turut dihadiri keluarga pihak lelaki dan perempuan serta rakan baik dan pengurus di majlis tersebut kira-kira jam 8 malam semalam.
Sumber berkenaan juga memaklumkan bahawa Fazura dan Fattah Amin dikatakan akan bernikah menyebabkan rumah nenek Fazura diserbu oleh wartawan.
Apabila ingin memasuki kawasan rumah, adik serta pembantu peribadi Fazura telah mengawal ketat laluan masuk kediaman itu, malah menutup pagar setelah menyedari kehadiran wartawan.
Bagi memastikan tetamu yang hadir berada dalam senarai, kesemua kereta tetamu ditahan dahulu sebelum dibenarkan masuk.
Sumber turut menghubungi pembantu pereka fesyen Rizman Ruzaini yang hadir ke majlis itu, bagaimanapun dia enggan mengulas lanjut.
“Kenduri kesyukuran kot? Saya tak boleh nak berikan sebarang jawapan dan komen lebih lanjut,” katanya.
Menurut pengurus Fattah Amin, Sakirin Shak atau dikenali sebagai Acha enggan mengulas lanjut mengenai berita khabarnya pelakon itu bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Fazura pada malam tadi.
“Nantikan saja sekiranya ada pengumuman dan kenyataan rasmi daripada pihak Fattah,”katanya.
Acha hanya memaklumkan bahawa dia dan Fattah sedang melakukan persiapan untuk terbang ke Tanah Suci yang dijadual berlepas pagi ini.
“Sejak semalam, saya menerima beratus panggilan telefon mengenai hal ini. Sekarang, kami sedang berkemas barang keperluan untuk mengerjakan umrah,” katanya.
Pada awalnya, Acha menafikan tidak ada sebarang majlis berlangsung bagaimanapun muncul dengan mengenakan jubah putih.
Sebelum ini tersebar khabar angin Fattah, 27, dan Fazura, 34, memilih tarikh 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman mengenainya dibuat.
Pasangan turut memohon peminat untuk mendoakan yang baik-baik, malah Fazura dalam kenyataannya menerusi akhbar ini berjanji untuk berkongsi berita gembira mengenai perkahwinannya dengan pelakon itu.
Berdasarkan pendedahan sumber juga, Fattah dan Fazura dikhabarkan bakal bernikah di hotel di Makkah iaitu dalam tempoh mereka mengerjakan umrah.