Faye Kusairi Tak Mahu Umum Jantina Anak
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru membuat imbasan bayi, pelakon Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 29 tahun, berkata dia tak mahu umum jantina anaknya lagi.
Walaupun sudah mengetahui jantina anak, Faye yang sedang mengandung empat bulan itu akan mengumumkan jantina anaknya apabila kandungannya mencecah minggu ke 32 atau bila sudah mahu bersalin nanti.
“Bukan apa, nanti kalau saya umumkan sekarang dan tiba-tiba imbasan jantina itu salah, apa pula kata orang,” katanya.
Selain itu, dia juga sibuk menulis skrip bersama suaminya yang merupakan seorang pengarah, Hatta Azmi.
“Saya sebenarnya ada banyak idea. Selepas kahwin, suami selalu ajar cara untuk menterjemahkan idea ke dalam bentuk penulisan skrip,” jelasnya yang mengakui cara itu merapatkan lagi hubungannya bersama suami.
Menurutnya, dia bercita-cita untuk menulis skrip mengenai kisah Adik Beradik Sidek dan kisah cinta Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isterinya, Tun Siti Hasmah.
Semoga Faye menjaga kesihatan dengan elok sepanjang keadaannya yang hamil sekarang ini.
Sumber: mStar