Fattah Amin, Fazura Minta Semua Tunggu 23 November
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ekoran khabar angin yang mengatakan pasangan ini sudah bertunang dalam satu majlis tertutup malam tadi, pihak Fattah Amin & Fazura masing tampil memberikan reaksi mereka terhadap isu tersebut.
Dalam satu siaran media yang dikirimkan oleh wakil kedua dua mereka, Fattah Amin & Fazura berjanji untuk mengadakan sidang media pada 23 November ini sekembalinya mereka dari Tanah Suci.
“Berkaitan perkara ini, pihak Fattah Amin dan Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November 2017. Lokasi serta masa acara itu akan dikongsikan dalam waktu terdekat,” kata wakil pengurusan artis terbabit.
Pada masa sama, Fattah Amin dan Fazura turut memohon maaf dan berharap semua rakan media serta peminat mendoakan urusan mereka di Tanah Suci dipermudahkan Allah.
Wakil kedua dua pihak itu juga mengesahkan pasangan itu sudah berangkat ke Makkah bersama ahli keluarga masing-masing dan wakil pengurusan.