Kontrak Duta Tamat Secara Mengejut Buat Jue Terkilan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pelakon jelita, Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 34 tahun, memberitahu dia terkilan apabila kontrak menjadi duta sebuah produk ditamatkan secara mengejut tanpa alasan kukuh.
Menurutnya, nama dia serta suami, Bayu Daniels, juga dikaitkan dengan perkara yang bukan-bukan hingga mereka bergaduh.
“Saya menandatangani kontrak selama setahun bersama pengeluar produk berkenaan, bermula November tahun lalu. Tetapi, kontrak itu ditamatkan dengan serta-merta tanpa sebab,” jelasnya.
Sukar untuk menjelaskan dengan lebih terperinci, dia juga berang apabila wajahnya masih digunakan oleh jenama produk berkenaan walaupun produk itu sudah tidak mempunyai kaitan dengannya.
Kini, Jue mahu membersihkan kembali namanya yang tercalar dan dia juga yakin ramai pengasas produk kecantikan lain yang lebih jujur di luar sana jika dia mahu jalinkan kerjasama dengan produk kecantikan lain.
“Diakui, pada awalnya, memang saya berasa serik. Namun apabila difikirkan semula, ia adalah lumrah jatuh bangun sesebuah perniagaan,” sambungnya lagi.
Semoga tabah menghadapi dugaan dan mungkin ada hikmahnya dengan apa yang jadi. Be positive!
Sumber: Berita Harian