“Dengan Rasminya Saya Mohon Undur Diri Dari Kristal” – Lan

Bintang Gegar Vaganza 4 (GV 4) Lan tidak dapat menahan sebak ketika mengumumkan untuk mengundur diri daripada kumpulan Kristal.

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 32, akui membuat keputusan tersebut dengan berat hati.

“Saya mohon maaf saya tak pernah buat hal dalam industri.

“Saya rasa sangat sedih dan saya sayangkan band saya, Kristal.

“Dengan rasminya, depan semua orang…Memang saya mohon untuk undur diri, lebih baik,” katanya.

Lan ditemui selepas tamat konsert kelima GV 4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, semalam.

Tambah Lan lagi, sebelum ini dia tidak pernah berkata apa-apa jika ahli kumpulannya melakukan sesuatu tanpa mengadakan perbincangan bersama sebaliknya dia menganggap itu adalah rezeki masing-masing.

“Saya hanya rancang nak buat projek solo, tak pernah ada rasa langsung saya kata nak tinggalkan Kristal.

“Lagipun itu adalah projek sampingan, saya teringin untuk mencuba benda baru di samping mencari rezeki lebih untuk keluarga bukan bermaksud tinggalkan Kristal.

“Lagipun bukan saya saja, malah ada juga anggota lain yang buat projek solo.

“Selama ini saya mendiamkan diri dan tak kisah pun jika menjadi ahli terakhir yang tahu tentang projek solo mereka.

“Sebab sebelum ini, kebiasaannya apabila mereka mahu lakukan sesuatu, memang tiada apa-apa perbincangan dan persetujuan secara rasminya.

“Jadi apabila saya menyuarakan tentang projek solo mengapa saya yang dipersalahkan?

“Tapi tak mengapalah, kalau saya yang sertai GV 4 baru sebulan ini dituduh tunggul dalam satu kenyataan mereka, maka saya dah 18 tahun jadi tunggul dalam Kristal.

Dalam pada itu, Lan juga berharap agar tiga anggota Kristal yang lain iaitu Rody, Kechiq dan Acap menghormati keputusannya.

“Saya harap mereka hormati keputusan ini dan kepada para peminat, teruskan menyokong saya yang bergerak secara solo selepas ini dan kawan-kawan saya dalam Kristal,” katanya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

15 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

16 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

16 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

18 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

18 hours ago