fbpx
Now Reading
“Dia Mengadu Letih, Tapi Tak Sangka Pula Tengah Sakit” – Hazami Sebak Tahu Elyana Sakit Kanser

“Dia Mengadu Letih, Tapi Tak Sangka Pula Tengah Sakit” – Hazami Sebak Tahu Elyana Sakit Kanser

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bintang Gegar Vaganza 4, Hazami, terkejut dan tidak menyangka sama sekali Elyana kini sedang berjuang dengan kanser kelenjar (lymphoma) tahap empat ketika masing-masing sedang rancak bertanding.

Kata Hazami, dia terkilan apabila Elyana yang dianggap seperti adik kandungnya menyembunyikan penyakit yang dideritai daripada pengetahuan semua.

“Memang saya marah. Saya marahkan Syura dan tanya dia kenapa sorok kisah Elyana daripada saya dan semua peserta lain?

“Saya juga sedih sebab dia individu yang rapat dengan saya dan sembunyikan perkara penting sebegini daripada pengetahuan saya.

“Tetapi, saya percaya Elyana ada sebab sendiri untuk berbuat sedemikian. Saya kagum dengan semangat dia dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dia,” kata Hazami.

Bagaimanapun tambah Hazami, dia perasan tentang perubahan Elyana sejak mula GV4 apabila sering kelihatan lesu dan jarang makan.

“Saya selalu bertanya pada dia, kenapa nampak letih dan kenapa jarang makan?

“Tetapi, tahu-tahulah Elyana itu macam mana. Ada saja alasan dia dan banyak berdalih.

“Sampailah malam ini, dia mengejutkan semua orang dan saya sendiri,” ujarnya sebak.

Elyana yang tersingkir pada konsert kelima GV4 malam tadi meruntun emosi ramai apabila mengumumkan dia merupakan salah seorang penghidap kanser kelenjar tahap empat dan menyeru pesakit kanser agar terus berjuang sebagaimana dia lakukan kini.

Elyana disahkan menghidap kanser itu selepas melahirkan anaknya, Cinta Sumayyah tujuh tahun lalu.

 

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.