“Video Tersebut Bukan Untuk Aedy Ashraf”
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, 25 tahun, menafikan video yang dimuatnaik olehnya di laman sosial Instagram ditujukan kepada pelakon Aedy Ashraf.
Menurutnya, dia hanya mahu berkongsi video bersama peminatnya sahaja dan tak mengaitkan orang lain dengan video tersebut.
“Saya sekadar memuat naik video itu untuk berkongsi dengan pengikut di laman instagram. Saya tidak tujukan video itu kepada Aedy mahupun sesiapapun,” jelasnya
Video yang berbunyi “Lelaki ni memang tak pernah cukup kan?, tak kisahlah kita berkorban banyak mana, dia tetap cari lain. Harap korang tak tanya lagi pasal ni. Korang mesti pernah kena macam ni juga kan?” dikatakan untuk Aedy selepas dia melihat Aedy meletakkan gambar mesra bersama seorang wanita di Ig Story akaun Instagram lelaki kegilaan ramai itu.
Walau bagaimanapun, ramai beranggapan video Nabila atau mesra dipanggil Bella itu sememangnya ditujukan kepada Aedy walaupun dia menafikannya. Mungkin Bella terlalu sedih dan tak mahu berkongsi kesedihannya.
Difahamkan video itu telahpun dipadamkan di akaun Instagram Bella dan gambar berdua bersama Aedy juga dipadamkan selepas itu.
Sumber: Harian Metro