fbpx
Now Reading
Shuib Tinggalkan Sinar FM, Peminat Luah Rasa Sedih

Shuib Tinggalkan Sinar FM, Peminat Luah Rasa Sedih

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelawak terkenal, Shuib (Sepahtu) menamatkan khidmatnya sebagai penyampai radio Sinar FM bermula hari ini selepas dua tahun berkerja di stesen radio tersebut.

Menerusi satu kenyataan rasmi daripada pihak stesen radio itu memaklumkan Shuib mengambil keputusan tersebut kerana mahu fokus kepada bidang perniagaan dan aktiviti seni.

“Pengemudi Sepahtu Sinar, Jep, Shuib dan Rahim merupakan tunjang utama bagi menguatkan inti pati rancangan pagi Sinar FM. Hari ini, 29 November 2017, merupakan hari terakhir buat Shuib bersama Sinar FM.

“Setelah 2 tahun berkhidmat sebagai penyampai radio, Shuib mengambil keputusan untuk fokus kepada bidang perniagaan dan aktiviti seni. Pihak Sinar FM mengucapkan selamat maju jaya kepada Shuib. Segala sumbangan dan pembabitan beliau selama ini amatlah kami hargai,” kata Pengurus Kandungan Sinar FM, Rasidah Khasim.

Sementara itu, Shuib menerusi laman Facebook rasmi Sinar turut mengumumkan keputusannya meninggalkan stesen itu selepas berkhidmat sejak November 2015.

 

Suami kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin ini menyifatkan peluangnya bekerja sebagai penyamapia radio di stesen itu merupakan satu penghormatan lebih-lebih lagi apabila diberi kepercayaan mengendalikan segmen pagi.

“Sinar FM selamat tinggal kerana ini adalah hari terakhir saya selepas dua tahun berada di Sinar FM. Saya sayang Sinar FM sebenarnya.

“Menjadi penyampai radio di Sinar FM untuk segmen pagi pula, satu penghormatan yang sangat besar untuk saya tetapi hari ini saya terpaksa membuat keputusan dan tamatnya saya di Sinar FM atas tuntutan kerja dan masa,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh pendengar serta kru-kru radio stesen itu.

Peminat Shuib tidak ketinggal meluahkan rasa sedih dengan keputusan Shuib itu namun mereka tetap memberikan kata semangat atas apa pun keputusan yang Shuib mahu lakukan selepas ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.