fbpx
Now Reading
Ude Mengaku Nikahi Izreen Azminda Dua Bulan Lalu

Ude Mengaku Nikahi Izreen Azminda Dua Bulan Lalu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akhirnya spekulasi mengenai dakwaan Izreen Azminda berkahwin dengan suami orang terjawab apabila pemuzik yang dikaitkan dengannya, Ude mengaku sudah bernikah dengan pelakon itu dua bulan lalu. Pengakuan itu dibuat selepas isteri pertamanya, Intan Liana mendedahkannya.

“Saya berkahwin dengan Intan empat tahun lalu manakala dengan Izreen pula pada 8 Ogos yang lalu. Saya akan buat majlis doa selamat minggu hadapan dan akan menjelaskannya nanti. Sebaik sahaja Intan tampil memberi kenyataan siang tadi, pelbagai spekulasi timbul”

“Saya mohon supaya hentikan sebarang kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya. Harap pihak luar tidak campur tangan. Intan dan Izreen adalah isteri saya. Sebagai suami, beri saya peluang untuk menguruskan sendiri isteri dan keluarga saya”

Selain itu, Ude turut meminta agar keluarganya tidak diganggu untuk sebarang komen mengenai pernikahannya dengan Izreen. Bagaimanapun Ude tidak mendedahkan butiran mengenai pernikahannya yang difahamkan tidak diketahui oleh isteri pertamanya sehingga dua minggu lalu.

“Sebagai suami, biarlah sebarang kenyataan datang dari diri saya demi menjaga keharmonian rumah tangga kami,”

jelasnya kepada Harian Metromengenai isu pernikahan yang akan dijelaskan pada sidang media minggu depan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.