
“Bella Sangat Baik”
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ramai yang memuji keakraban antara Erra Fazira, 43 tahun, bersama isteri bekas suaminya iaitu Laudya Cynthia Bella, 29 tahun.
Erra menyifatkan Bella sebagai seorang yang sangat baik dan yakin dapat menjadi bunda yang terbaik untuk anaknya bersama Engku Emran dahulu, Engku Aleesya, 8 tahun.

Malah, Aleesya juga menjadi pengikat kasih sayang antara mereka seterusnya menjadikan mereka rapat dan gembira apabila meluangkan masa bersama.

“Saya mahu Aleesya hidup dalam keadaan harmoni dan penuh kasih sayang. Saya ada cara sendiri untuk menangani sesuatu perkara dan tidak perlu samakan dengan orang lain,” katanya yang mahu semua orang bahagia dengan kehidupan masing-masing.

Selain itu, Erra juga mahu Bella yakin bahawa dia gembira apabila Bella menjadi isteri Engku Emran dan bunda kepada Aleesya.
“Saya mendoakan mereka hidup rukun dan damai bersama hingga ke jannah,” doanya. Semoga mereka bahagia dengan jalan kehidupan yang dipilih dan sentiasa berikan yang terbaik untuk Aleesya.
Sumber: Harian Metro