Abam selamat bergelar suami

Pelawak terkenal, Abam Bocey, 29, selamat bergelar suami kepada Siti Nurhidayah Mohd Ali, 26, kira-kira jam 5.33 petang tadi dengan sekali lafaz.

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Sabak Bernam, Ustaz Kamal Salan, dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Mohd Ali Bahtin.

Majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Sabak Bernam itu menyaksikan Abam menyerahkan sembilan dulang berbalas sebelas daripada pihak perempuan.

Abam turut menyerahkan wang hantaran berjumlah RM13,888 selain seutas rantai leher dan mas kahwin bernilai RM3,000.

“Alhamdulillah, jodoh kami kuat dan semoga ia akan kekal hingga ke jannah.

“Saya mula mengenali isteri sejak 2009 lagi, tetapi hubungan kami putus seketika. Ternyata jodoh itu rahsia Allah dan pastinya kita sendiri tidak mengetahui bagaimana aturan serta perjalanannya,” katanya.

Turut hadir pada majlis pernikahannya ialah teman seperjuangan, Fad dan Achey, serta Ali Puteh yang juga adiknya.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan berkata, beliau amat bersyukur dengan segala nikmat dan fasa baharu kehidupannya itu.

“Semoga tanggungjawab membahagiakan isteri akan dapat saya tunaikan dengan sebaik mungkin. Insya-Allah,” katanya.

Bakat yang dicungkil menerusi program Bintang Mencari Bintang itu berkata, apa yang lebih penting, isterinya itu menjadi pilihan bonda tersayang, Rosbiah Arshad.

Majlis persandingan di kediaman keluarga pengantin perempuan akan berlangsung di Sabak Bernam, esok, manakala majlis bertandang di sebelah pengantin lelaki di Gombak akan diadakan pada 20 Januari depan.

Mengenai bulan madu, Juara Maharaja Lawak Mega 2016 dan 2017 itu memberitahu, beliau dan isteri belum membuat sebarang perancangan.

“Saya sendiri terikat dengan beberapa kerja seni sehingga Februari tahun depan,” katanya sambil memberitahu, isterinya bekerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat swasta.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago