fbpx
Now Reading
“Itu Bukan Saya”

“Itu Bukan Saya”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecoh seketika apabila gambar yang didakwa seorang pelakon muda bercium dengan seorang lelaki tular di laman sosial dan menimbulkan pelbagai spekulasi.

Menurut pelakon Fatin Nur Afifah Shamsudin atau dikenali sebagai Fatin Afeefa, dia tak tahu bahawa ada sekeping gambar seorang wanita bercium dengan lelaki tersebar itu mirip dirinya dan terkejut apabila mengetahuinya.

“Saya tak tahu tentang foto tersebut dan itu bukan saya. Gila ke saya nak buat benda begitu kemudian post di Instagram,” katanya.

Dia juga memberitahu akaun laman sosial Instagram miliknya tak boleh diakses pada hujung bulan lepas hingga boleh digunakan kembali keesokan hari.

Malah, tiada juga gambar kontroversi itu di akaun miliknya yang membuatkan dia berasa pelik. Mungkin ada pihak yang cuba untuk menggodam akaun Instagram Afeefa.

Selain itu, dia merasakan ada pihak cuba memfitnah dirinya selepas dia membaca artikel yang dilihat seperti mengaitkan dirinya dengan gambar cium itu.

“Saya tahu ini kerja siapa. Tapi tak apa, saya bersabar dahulu. Kalau dia melampau batas, saya tak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah,” ujarnya.

Di samping itu, Afeefa menafikan dirinya terlibat dengan dadah dan mengabaikan tanggungjawab menjaga kedua-dua anaknya.

Dia masih boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk serta takkan mensia-siakan karier lakonannya yang semakin meningkat.

mediahiburan.my

Sebelum ini, Afeefa berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan bercerai talak satu pada 30 Mei lepas.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian berumur 4 tahun dan Ivy Herra Sophia berumur dua tahun.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.