fbpx
Now Reading
Datuk Seri Vida Tiada Niat Perli Elyana

Datuk Seri Vida Tiada Niat Perli Elyana

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida, 46 tahun, memberitahu dia tidak berniat untuk memerli Elyana semasa konsert separuh akhir Gegar Vaganza (GV) yang berlangsung pada Ahad lalu.

Menurutnya, soalan yang ditanyakan kepada penyanyi Aishah hanya untuk mendapat kepastian jika Aishah betul-betul menggunakan produk Pamoga keluaran syarikatnya.

“Saya bukan perli Elyana atau sesiapa, saya tidak bermaksud begitu dan hanya mahu dapatkan maklum balas yang jujur daripada pengguna,” jelasnya.

google.com

Sebelum ini, Elyana menjelaskan dia tak mengamalkan produk kesihatan daripada syarikat Vida melalui siaran langsung instastory pada minggu lepas.

Elyana juga dikatakan kelihatan seperti kecil hati dengan cara ‘cakap lepas’ yang dilakukan oleh Vida semasa siaran langsung.

licdn.com

Berikutan itu, ketika ditanya, Vida berkata dia tak tahu mengenai isu itu dan tak sempat melihat rakaman video Elyana.

Walau bagaimanapun, dia tak ambil hati terhadap luahan Elyana dan berdoa penyanyi itu cepat sembuh serta dipermudahkan segala urusan.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.