fbpx
Now Reading
Fattah Dah Pilih Nama Sesuai Untuk Anak

Fattah Dah Pilih Nama Sesuai Untuk Anak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya pelakon popular, Fattah Amin, seperti tak sabar mahu menimang cahaya mata apabila memberitahu beberapa nama yang sesuai untuk anaknya jika ada rezeki nanti.

Ig Fazura

Menurut Fattah, nama pilihan mereka adalah Fatimah Aishah untuk anak perempuan manakala Fath jika dikurniakan anak lelaki.

Dia berkata nama Fatimah Aishah itu merupakan nama watak dalam filem Ayat-Ayat Cinta 2 dan Fath pula nama gabungan dirinya serta isteri tercinta, Fazura.

Ig Fazura

Ditanya mengenai perkembangan semasa, Fattah memberitahu kini dia sedang berehat daripada berlakon dan bakal berbulan madu di luar negara tak lama lagi.

Ig Fazura

Tambahnya, mereka akan sibuk dengan persiapan majlis resepsi perkahwinan selepas pulang dari berbulan madu nanti.

Dapat juga mereka berehat dan menghabiskan masa bersama. Rasanya selepas mereka bernikah dulu mereka terus pada bekerja keesokan harinya hingga tak sempat pergi berbulan madu. Happy honeymoon!

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.