fbpx
Now Reading
Siti Nordiana Tunai Umrah Dengan Zoey, Peminat Doa Mereka Berkahwin

Siti Nordiana Tunai Umrah Dengan Zoey, Peminat Doa Mereka Berkahwin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mesti para peminat Siti Nordiana sedia maklum bahawa penyanyi kegemaran mereka sedang menunaikan ibadah umrah bersama keluarga dan juga rakan artis, Zoey Rahman.

Meskipun mereka berkawan rapat, terdapat juga spekulasi warga laman sosial mengatakan mereka ke sana untuk bernikah seperti Fattah Amin dan Fazura sebelum ini. Betul ke?

Tidak tahu ianya betul atau tidak, mungkin mereka ada jawapannya setelah kembali ke tanah air nanti. Mana tahu ada buat pengumuman selepas pulang dari Tanah Suci.

Selain itu, ada juga beberapa peminat yang mendoakan mereka berdua agar bertemu jodoh dan suka melihat Nana dan Zoey bersama. Wah belum apa-apa dah ada peminat ‘merestui’ hubungan mereka!

Walau apa pun, kita tunggu tuan empunya badan memberi jawapan mengenai teka-teki hubungan mereka. Tak salah pun jika kawan rapat mahu membuat ibadah bersama-sama.

Sumber: IG Siti Nordiana

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.