fbpx
Now Reading
Siti Saleha “Tinggal” Suami Demi Kerjaya?

Siti Saleha “Tinggal” Suami Demi Kerjaya?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon jelita, Siti Saleha Mohd Baharum, 27 tahun, terpaksa berjauhan dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar selepas beberapa hari berkahwin demi kerjayanya sebagai pelakon.

IG Siti Saleha

Menurutnya, dia menerima tawaran berlakon drama berjudul Mandatori kerana rindu mahu berlakon selepas cuti beberapa bulan kerana sibuk dengan persiapan perkahwinannya yang berlangsung pada 28 Julai lepas.

IG Siti Saleha

Oleh itu, dia sanggup bekerja selepas dua hari majlis perkahwinannya berlangsung dan ‘meninggalkan’ suami seketika untuk memenuhi tuntutan kerja.

IG Siti Saleha

“Ada kala saya balik lewat malam sebab penggambaran drama tersebut mengambil masa yang lama,” katanya yang bersyukur suami memahami kerjayanya dan tak menghalangnya berlakon.

Untuk pengetahuan anda, drama Mandatori diadaptasi daripada karya Ramlee Awang Murshid akan menemui penonton mulai 14 Disember ini di saluran Astro First Eksklusif 480.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.