fbpx
Now Reading
Adam Shahz Nafi Dakwaan Ingin Jatuhkan Bekas Isteri

Adam Shahz Nafi Dakwaan Ingin Jatuhkan Bekas Isteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon yang pernah memenangi Pelakon Baru Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28), Adam Shahz, 35 tahun, menafikan tuduhan dia cuba menjatuhkan bekas isterinya, Fatin Afeefa dengan gambar bercium yang dikatakan seiras Afeefa.

“Kalau betul saya ingin jatuhkan dia, rasanya baik saya lakukan sewaktu mula-mula kami bermasalah pada bulan puasa tempoh hari. Rasanya itu waktu yang baik kalau saya bertindak,” jelasnya.

cinema.com.my

Menurutnya, dia tak kisah dituduh memecah masuk rumah bekas isterinya kerana Tuhan lebih mengetahui segala-galanya.

Selain itu, dia juga ada menerima panggilan daripada Afeefa selepas gambar cium itu tersebar di laman sosial.

“Saya cakap tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan memintanya berhati-hati kerana ramai memerhati,” tambahnya.

Sebelum ini, gambar bercium yang dikatakan milik Afeefa tersebar luas di laman sosial selepas dimuatnaik beberapa minit di akaun Instagram miliknya sendiri dipercayai digodam oleh orang tidak dikenali yang kemudiannya dipadamkan.

Sumber: Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.