Now Reading
Kongsi Foto Mesra di Instagram, Raline Shah Bercinta Dengan Seungri Big Bang?

Kongsi Foto Mesra di Instagram, Raline Shah Bercinta Dengan Seungri Big Bang?

Pelakon terkenal Indonesia, Raline Shah kini dikatakan sedang menjalin hubungan mesra dengan anggota kumpulan Big Bang, Seungri.

Khabar angin itu mula tersebar di kalangan peminat Raline selepas aktres itu sering memuat naik foto bersama Seungri.

Peminat mula berspekulasi serta menganggap Raline dan Seungri sedang bercinta.

Beberapa hari lalu, Raline memuat naik sebuah foto mesra bersama Seungri menerusi laman Instagram miliknya, @ralineshah.

Entri tersebut didedikasikan oleh Raline kepada Seungri sempena sambutan hari lahir penyanyi itu.

“A good morning with the Birthday Panda. Thanks for all the good times so far! Its definitely been a HAPPY Birthday. #worldwithoutstrangers,” tulis Raline.

Pengikut laman Instagram Raline nyata teruja dengan dedikasi hari jadi tersebut dan terus membuat andaian yang Seungri dan Raline sedang di lamun cinta.

Dalam perkembangan terbaru, Raline kini sedang giat menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 bersama Zizan Razak dan Shaheizy Sam.

See Also

 

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.