fbpx
Now Reading
Lana Nodin Terharu Suami Mahu Dalami Agama Islam

Lana Nodin Terharu Suami Mahu Dalami Agama Islam

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa yang tidak terharu dan bersyukur apabila pasangan kita ingin berubah ke arah kebaikan, bukan? Itulah perasaan dialami oleh aktres Lana Nodin apabila mengetahui suaminya, Mohd Daud McKienzie mahu mendalami agama Islam.

Menurut gambar perkongsian Lana di akaun Instagram miliknya, dia begitu terharu dan bersyukur doanya dimakbulkan apabila melihat perbualan suaminya bersama seorang lelaki dikenali sebagai Bang Long.

Daud dilihat mahu belajar mengaji Al-Quran dan solat dengan lebih baik dalam gambar perbualannya bersama lelaki tersebut.

Malah, peminat-peminat Lana turut melahirkan rasa bersyukur serta mendoakan yang terbaik untuk Lana dan suaminya.

Lana dan Daud berkahwin pada dua tahun lepas dan mereka dikurniakan seorang puteri sulung bernama Gia Quinn McKienzie.

Sumber: IG Lana Nodin

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.