fbpx
Now Reading
Bimbang Jihan Bersalin Di Pentas Akhir GV 4, Ungku Hariz Buat Persiapan

Bimbang Jihan Bersalin Di Pentas Akhir GV 4, Ungku Hariz Buat Persiapan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bimbang isterinya Jihan Muse bersalin pada hari final Gegar Vaganza (GV) 4, pelakon Ungku Hariz sudah bersedia dengan beberapa persiapan.

Ungku Hariz mengakui teruja dan dalam masa sama menggelabah menghadapi pengalaman pertamanya ini.

“Memandangkan ini pengalaman pertama, saya rasa teruja dan dalam masa yang sama sedikit menggelabah.

“Saudara-mara pun dah banyak nasihat supaya saya ambil langkah berjaga-jaga kerana lihat Jihan seperti bila-bila masa sahaja boleh bersalin.

“Sebab itu saya ikut dan menemani Jihan ke Johor. Saya juga sudah tengok di mana hospital terdekat di sana.

“Saya juga sudah bersiap sedia dengan kemungkinan Jihan bersalin di pentas akhir GV,” katanya.

Sementara itu, Jihan yang kini hamil 33 minggu, berkata dia dijangka bersalin menjelang Januari tetapi sudah ada tanda-tanda dia bakal menyambut kelahiran awal.

“Pada awalnya, doktor menjangkakan saya akan bersalin pada Februari namun diawalkan memandangkan saiz bayi dalam kandungan agak besar.

“Namun begitu, saya sentiasa bersiap sedia sekiranya ditakdirkan bersalin lebih awal daripada jangkaan.

“Kalau tengok perut saya pun, memang dah nampak ke bawah,” katanya.

Lima bintang GV4 yang bakal merebut gelaran juara adalah Aishah Liza Hanim, Hazami, Lan Solo, Tia Jinbara dan Firman Siagian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.