fbpx
Now Reading
Neves Pretty Ugly Kahwin Di Usia 43 Tahun

Neves Pretty Ugly Kahwin Di Usia 43 Tahun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dengan sekali lafaz, vokalis kumpulan Pretty Ugly, Neves bergelar suami kepada wanita Noorliana Umar, 36.

Neves atau nama sebenarya Raizan Zainal Abidin, 43, selamat memperisterikan Noorliana pada majlis pernikahan yang diadakan di Surau Damansara Perdana, hari ini (Ahad).

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Umar Ackiyak dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Al-Makmuriah Daerah Petaling, N. Mastori Marsidi.

Pada majlis itu, Neves menyerahkan seutas rantai emas sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Penyatuan pasangan itu turut dihadiri oleh 100 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak.

Foto/ Sumber: Mstar Online

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.