Now Reading
“Macam Tak Percaya Dapat Tempat Ketiga” – Lan Solo

“Macam Tak Percaya Dapat Tempat Ketiga” – Lan Solo

Bintang Gegar Vaganza (GV 4), Lan Solo akui terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga pertandingan tersebut.

Lan berkata, dia hanya meletakkan target berada di tempat kelima atau keempat.

“Jujur saya seperti tidak percaya berada di tempat ketiga.

“Dari awal lagi, saya cuma mahu berada di kedudukan yang lebih baik daripada minggu separuh akhir.

“Pada minggu separuh akhir saya di kedudukan keenam, jadi untuk final hanya mengharapkan kedudukan lebih baik,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah Lan lagi, dia sudah bersedia sekiranya ada pihak yang mempertikai kedudukan diperolehinya di pentas final GV 4 yang berlangsung semalam (Ahad).

“Saya percaya, malam ini rezeki berpihak kepada saya. Jika dilihat pada kedudukan markah saya dan Hazami tidak jauh.

“Seperti yang diperkatakan oleh juri, ada beberapa perkara yang menyebabkan markah kami berbeza sangat sedikit, iaitu sebanyak 0.4 peratus sahaja.

See Also

“Ini rezeki untuk anak-anak dan keluarga saya. Terima kasih kepada para peminat yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan buat saya,” ujarnya.

Lan membawa pulang wang tunai RM30,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo tajaan Bina Megan Empire dan pakej percutian ke Boracay sumbangan selamatbercuti.com.

Bekas vokalis kumpulan Kristal itu turut membawa pulang barangan kemas sumbangan DSV Gold & Jewelry, baucer barangan tunai bernilai RM4,000 sumbangan Go Shop serta trofi daripada Astro.

Di pentas akhir GV 4 yang berlangsung di Pinewood Iskandar Malaysia Studios itu Lan telah membawakan lagu Smells Like Teen Spirit pada segmen solo dan Amboi bersama Hazami di pusingan battle.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.