fbpx
Now Reading
Bakal Mengacarakan Nona, Mira Filzah Tiada Niat Kejar Cinta VIP

Bakal Mengacarakan Nona, Mira Filzah Tiada Niat Kejar Cinta VIP

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon dan pengacara cantik manis, Nur Amirah Filzah Badioezaman atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah, 24 tahun, bakal mengacarakan program Nona bermula tahun depan di TV3.

mediahiburan.my

Menurutnya, alasan utama dia menjadi hos program itu adalah kerana dia mahu mengasah bakat sebagai pengacara.

“Mungkin ada orang selalu fikir apabila jadi pengacara Nona mesti kena ada hubungan dengan VIP. Tapi saya tak terfikir langsung tentang hal itu,” katanya.

Tambahnya, dia tak berniat untuk mencari lelaki kaya atau berstatus VIP apabila menerima tawaran menjadi pengacara program tersebut.

Terdahulu, antara pengacara yang pernah mengacarakan program Nona ialah Puan Sri Normala Samsudin, Maya Karin, Nurul Syuhada Nurul Ain, Fiza Sabjahan, Neelofa, Fara Fauzana dan Uyaina Arshad.

mediapermata.com

Selain itu, Mira turut memberitahu dia sudah bersedia dikritik apabila mengacarakan program itu tidak lama lagi.

Anggap saja segala kritikan itu sebagai pembakar semangat anda dan menjadi cabaran yang perlu dilalui sebagai seorang selebriti. Fighting!

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.