fbpx
Now Reading
Fathia Dikecam Muatnaik Gambar ‘Throwback’ Tak Berhijab

Fathia Dikecam Muatnaik Gambar ‘Throwback’ Tak Berhijab

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon sensasi, Nur Fathia Abdul Latiff atau lebih dikenali sebagai Fathia Latiff sekali lagi dilanda kontroversi apabila dia memuatnaik gambar tidak berhijab.

Difahamkan gambar itu merupakan gambar lama atau throwback, namun ia mendapat pelbagai reaksi para peminat dan warga laman sosial Instagram.

Fathia dilihat mesra dengan seorang lelaki yang dikatakan seorang model bernama Tengku Shahrizan dalam gambar tersebut.

ohbulan.com

Disebabkan itu, ramai yang mempersoalkan tindakan Fathia memuatnaik gambar lama yang menunjukkan rambutnya dan tak kurang mengecam dirinya sebelum ruangan komen ditutup.

Mungkin dia rindu zaman freehair dan sebab itu dia memuatnaik gambar tersebut bagi hilang rindu. Walau bagaimanapun, ia adalah hak Fathia untuk memuatnaik gambar apa pun kerana itu adalah akaunnya.

Sumber: IG Fathia Latiff

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.