fbpx
Now Reading
“Terima Kasih Kerana Respek & Memahami” – Peminat SHINee Puji Tweet Imran Ajmain

“Terima Kasih Kerana Respek & Memahami” – Peminat SHINee Puji Tweet Imran Ajmain

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat SHINee di Malaysia memuji penyanyi Imran Ajmain kerana memahami kesedihan yang dirasai oleh mereka selepas berita kematian vokalis utamanya, Jonghyun diumumkan semalam.

Tindakan Imran yang menulis status berkaitan dengan Jonghyun telah menarik perhatian Shawols (peminat SHINee).

Entri Imran menerusi akaun media sosial Twitter miliknya pada jam 9:14 malam tadi (18 Disember) menerima pelbagai respon daripada Shawols.

Rata-ratanya mengucapkan terima kasih dan melabelkan Imran sebagai seorang yang bijak kerana tidak terikut-ikut dengan mentaliti sesetengah pihak yang sering merendah-rendahkan peminat K-Pop.

Selain itu, Shawols juga turut menghargai setiap barisan ayat yang ditulis oleh Imran terhadap situasi sedih yang dialami oleh mereka.

Sehingga kini, tweet tersebut sudah diulang kicau (retweet) lebih 5,000 kali dan mendapat 5,690 likes.

Terdahulu, Jonghyun ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah apartmen servis di Seoul kira-kira jam 6.10 petang semalam (18 Disember).

Punca kematiannya adalah disebabkan mendiang telah menghidu asap karbon monoksida berpunca daripada arang yang dibakar di dalam biliknya.

Selain itu, Jonghyun juga menghidap penyakit ‘Seasonal Affective Disoder (SAD) atau dikenali sebagai sindrom gangguan musim.

Gejala SAD akan muncul pada musim-musim tertentu misalnya musim sejuk atau musim luruh.

Pengakuan mengenai penyakit ini didedahkan oleh Jonghyun sewaktu menjadi tetamu dalam program radio bertajuk ‘Blue night radio’ sebelum ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.