fbpx
Now Reading
Wah, Datuk Seri Aliff Syukri Dapat Undangan Menyanyi!

Wah, Datuk Seri Aliff Syukri Dapat Undangan Menyanyi!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengasas kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih dikenali Aliff Syukri telah menerima beberapa undangan menyanyi sejak dia mengeluarkan lagu single terbaru, Abang Nak Tegur.

Menurutnya, syarikat rakaman KRU Music akan menguruskan segala undangan persembahan memandangkan dirinya merupakan artis di bawah pengurusan syarikat rakaman itu.

“Tapi kena juga tengok pada jadual saya. Kalau kebetulan waktu itu tidak ada apa-apa, barulah akan terima undangan tersebut,” jelasnya.

Selain itu, dia begitu teruja menjadi artis rakaman KRU Music kerana ia merupakan impiannya sejak dari dulu lagi.

“KRU adalah satu nama besar yang tak mungkin saya tolak begitu sahaja. Saya menyanyi sekadar nak penuhi impian bukan mahu meraih gelaran vokal terbaik,” katanya.

Aliff Syukri berharap para pendengar dapat memberi sokongan terhadap lagu terbarunya sebagai satu hiburan serta dapat menerima karakter dirinya.

IG Aliff Syukri

Difahamkan lagu Abang Nak Tegur 2.0 nyanyian Aliff bersama isterinya mendapat jumlah like yang banyak serta trending nombor satu di Malaysia di Youtube berbanding versi sebelum ini bersama Nur Sajat.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.