
“Biasalah Dugaan Bertunang”
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pelakon wanita yang telah menjadi tunangan orang, Elfira Loy, 23 tahun, sedang melalui fasa dugaan bertunang dengan tunangnya, penyanyi Sufian Suhaimi.

Menurutnya, dugaan yang dialami bukan daripada dirinya atau Sufian tetapi daripada orang-orang sekeliling mereka.
Dia bersyukur hubungan dengan Sufian tiada masalah dan menganggap dugaan dialaminya sebagai persiapan untuk berumah tangga.

“Saya anggap apa yang berlaku sebagai dugaan dalam pertunangan kami dan secara tidak langsung menguatkan lagi hubungan antara satu sama lain,” katanya.
Tambahnya, bila dah lalui sendiri baru dia faham mengenai dugaan bertunang yang diperkatakan oleh orang ramai sebelum ini.

Semoga persiapan perkahwinan Elfira berjalan lancar dan jangan gaduh-gaduh ye, semua perkara boleh bawa berbincang dan yang penting kena selalu bersabar.
Sumber: Astro Gempak