fbpx
Now Reading
Erma Fatima Tetap Percaya Pada Iqram Dinzly

Erma Fatima Tetap Percaya Pada Iqram Dinzly

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon dan pengarah, Erma Fatima yakin bahawa pelakon yang tular akibat kelakuan pelik di laman sosial, Iqram Dinzly tidak seperti apa yang difikirkan oleh masyarakat.

IG Erma Fatima

Menurutnya, dia percaya Iqram ada tujuannya sendiri dengan berkelakuan pelik di laman sosial Instagram. Dia menganggap Iqram sedang membuat persembahan untuk masyarakat melihat diri mereka sendiri.

“Terima kasih dik kerana mengingatkan KAMI tentang DIRI KAMI. Akak PERCAYA..akak PERCAYA…Kau masih Ikram Dizly yang aku kenal dulu,” katanya.

IG Iqram Dinzly

Selain itu, Iqram dilihat memuatnaik caption gambar seolah-olah memberitahu apa yang dilakukannya adalah satu eksperimen di samping berterima kasih kepada masyarakat yang memberi perhatian kepadanya.

IG Iqram Dinzly

Ramai yang bersimpati terhadap pelakon itu dan mereka berharap Iqram akan pulih seperti biasa kerana ramai yang rindu melihat dia berlakon seperti dulu.

Sumber: Astro Gempak

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.