fbpx
Now Reading
“Keluar Sama Perut Belum Tentu Perangai Sama”

“Keluar Sama Perut Belum Tentu Perangai Sama”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini semakin ramai lelaki yang berani menggayakan pakaian wanita secara terang-terangan di khayalak ramai dan nampaknya mereka semakin diterima oleh masyarakat.

IG Yatie Sendayu Tinggi

Berikutan itu, kakak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Noor Hayati Kamarzaman, 34 tahun, meminta orang ramai agar berhenti membuatkan golongan yang memainkan agama dan bertukar jantina ini terkenal.

Dia turut menjelaskan dengan cara berkongsi kisah golongan ini akan membuatkan mereka popular seperti yang diinginkan oleh mereka.

IG Yatie Sendayu Tinggi

Status gambar di laman sosial Instagram itu disokong oleh ramai orang yang bersetuju dengan kenyataan Pengarah Eksekutif Sendayu Tinggi tersebut.

IG Yatie Sendayu Tinggi

Malah, Hayati turut terkena tempiasnya apabila seorang pengikutnya meminta dia menasihati adiknya, Aliff Syukri kerana dia dikatakan menggalakkan orang seperti itu.

“Keluar sama perut belum tentu sama sikap. Mudah-mudahan kita semua dipandu ke arah yang betul dan baik. InsyaAllah,” jawab Hayati.

Tambahnya, dia tak berniat untuk menghukum sesiapa tetapi dia hanya mahu anak muda tidak terpengaruh dengan golongan seperti ini pada masa depan.

Sumber: mStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.