Now Reading
“Adatlah Iman Turun Naik”

“Adatlah Iman Turun Naik”

Usahawan muda, Safiey Illias kali ini mengejutkan orang ramai apabila dia kembali memakai pakaian wanita selepas berubah menjadi lelaki sejati sebelum ini.

Oleh itu, dia memuat naik satu posting di Instagram dengan tajuk yang agak panjang mengenai dirinya. Dia akui kadangkala iman di dadanya turun naik apabila memperkatakan mengenai dirinya yang pernah melalui dugaan semasa bergelar maknyah dulu.

Selepas dia berhijrah, ramai yang mengakui menjadi rakannya dan menumpang nama dan glamor. Dia meluahkan perasaan yang mungkin sudah lama dipendam atas apa yang dilaluinya hingga ke hari ini.

Safiey meminta semua pihak menunggu sehingga hujung bulan ini iaitu pada 31 Disember tetapi tidak memberitahu ianya mengenai apa.

Berikutan itu, perubahan terbaru dirinya mengundang pelbagai spekulasi dan pendapat orang ramai mengenai dirinya. Ada yang menganggap ia sebagai strategi pemasaran produknya dan ada yang menganggap dia akan kembali bertukar menjadi perempuan.

Apa yang pasti, semoga Safiey tahu apa yang dilakukannya dan sama-sama kita nantikan apa yang bakal terjadi pada hujung bulan ini.

Sumber: IG Safiey Illias

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.