fbpx
Now Reading
Neelofa Dikritik Berenang Bersama Ikan Lumba Lumba

Neelofa Dikritik Berenang Bersama Ikan Lumba Lumba

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti semua sudah tahu bahawa pelakon dan pengacara disayangi ramai, Neelofa sedang gembira bercuti di Dubai bersama ahli keluarganya.

Baru-baru ini pelakon cantik itu berkongsi aktiviti berenang bersama ikan lumba-lumba di laman sosial Instagram menarik perhatian ramai apabila pencinta haiwan mempersoalkan dirinya yang dikatakan mengeksploitasi haiwan tersebut.

Pengacara dan aktivis hidupan liar, Rina Omar memuatnaik satu tweet di Twitter mengenai aktiviti Neelofa berenang bersama haiwan itu yang kelihatan tidak bagus sama sekali.

Walau bagaimanapun, Rina menganggap tindakan Neelofa itu mungkin kerana kurang kesedaran mengenai hal berkenaan.

Ada juga yang bersetuju dengan pendapat Rina mengenai tindakan Neelofa mempromosikan aktiviti berenang bersama ikan lumba-lumba.

Malah, ada juga yang berkata mungkin esok atau lusa Neelofa akan memberi kenyataan mengenai isu ini tetapi dia sedang mempromosikan Dubai.

Namun, terdapat beberapa orang berpendapat ia bukan cara yang betul untuk menegur seseorang iaitu melalui laman sosial.

Mungkin mereka boleh berbincang secara peribadi untuk mengetahui situasi sebenar atau berjumpa selepas Neelofa pulang ke sini nanti atau Rina mahu pendapatnya didengari oleh orang ramai supaya mesej kesedaran mengenai eksploitasi terhadap haiwan akan cepat sampai kepada orang ramai.

Sumber: Twitter Rina Omar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.