fbpx
Now Reading
Joy Revfa Sudah Ada Pengganti Baru?

Joy Revfa Sudah Ada Pengganti Baru?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui pengasas kosmetik Merve Cosmetics, Jov Revfa pernah berkahwin dengan penyanyi Hafiz Hamidun dan mereka telah sah bercerai talak satu pada 25 Oktober lalu.

Kini, Joy dilihat begitu sibuk menguruskan perniagaannya di samping menjaga anak lelakinya yang semakin membesar dan mempunyai pelbagai keletah mencuit hati.

Baru-baru ini dia dilihat menerima sejambak bunga dari seorang jejaka yang dikenali sebagai Mr J.

Menurut gambar yang dimuatnaik di Instagram, kelihatan Joy sudah berkali-kali menerima jambangan bunga daripada jejaka yang sama sebelum ini.

Nampaknya ramai yang sudah mula meneka siapakah Mr J yang sering menghantar bunga kepada Joy dan menganggap lelaki tersebut sebagai peminat rahsia Joy. Apa salahnya saling meminati jika kedua-duanya masih tidak berpunya lagi kan?

Sumber: IG Joy Revfa

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.