fbpx
Now Reading
“A Kalau Lelaki, Siti Kalau Perempuan” – Siti Bagi ‘Teaser’ Nama Anak

“A Kalau Lelaki, Siti Kalau Perempuan” – Siti Bagi ‘Teaser’ Nama Anak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui sudah memilih nama untuk anak sulungnya yang bakal dilahirkan pada Mac 2018.

Bagaimanapun kata Siti, nama penuh dan jantina bayi yang sedang dikandungkan terpaksa dirahsiakan terlebih dahulu bagi menghormati permintaan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

“Saya tidak tahu bila masa yang sesuai untuk mendedahkan, mungkin bila suami sudah beri ‘green light’ baru boleh saya kongsikan dengan peminat.

“Buat masa sekarang apa yang boleh saya maklumkan, jika bayi lelaki akan bermula huruf A, sekiranya perempuan akan bermula dengan Siti,” katanya.

Siti juga bakal merakamkan single terbaharu yang didedikasikan untuk cahaya mata sulungnya itu dalam tempoh terdekat.

Malah, pelantun lagu Segala Perasaan itu juga memberitahu bakal membuka akaun Instagram khas untuk anaknya.

“Tunggu masa yang sesuai, bila sudah sampai masa barulah buka. Tak tahu lagi bila,” tambah Siti.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.