fbpx
Now Reading
Penat Difitnah Cerita Tak Betul, Chef Wan Buat Laporan Polis

Penat Difitnah Cerita Tak Betul, Chef Wan Buat Laporan Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, baru-baru ini dilihat membuat laporan polis terhadap sebuah portal online.

Menurutnya, tujuan dia membuat laporan polis kerana portal online, Malaysia Chronicle dikatakan memutar belit kenyataan yang dikeluarkannya dan menjatuhkan reputasinya.

“Perkara ini kini di tangan undang-undang. Semoga keadilan dapat ditegakkan,” katanya.

Terdahulu, Malaysia Chronicle menyiarkan sebuah artikel dari kenyataan Chef Wan dan diputar belit bertajuk “All I want for christmas is a new pm: outraged by najib’s senseless attacks on ex-pm, chef wan the latest celebrity to demand change – Look at Tun M, What have they not done to him”.

Malah, kenyataan asal hanyalah gambar sehelai baju bertulis ‘All I want for Christmas is a new prime minister’ yang dianggap lucu oleh Chef Wan.

Difahamkan, laman portal online tersebut tidak dapat diakses kerana disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Sumber: IG Chef Wan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.